ARKIB

KATEGORI

Buletin

Denda RM2K bakal menanti pembeli produk yang dijual penjaja jalanan

Berita Tempatan

Views

Pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan. Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Katanya, menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh negeri. Jelas beliau, mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising yang diadakan di Taman Kota Masai, semalam. Antara lokasi yang dikenal pasti termasuklah di lampu isyarat pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Tambah beliau, peniaga khususnya dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara. Beliau turut menasihati peniaga supaya mencari kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan.

Ayob Khan bagaimanapun memberitahu setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply