ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dengar bunyi orang bergaduh sebelum motosikal dibakar

Berita Tempatan

Views

Penduduk Flat Pinang Emas, Batu Feringghi mendakwa terdengar bunyi riuh seperti orang sedang bergaduh sebelum kejadian kebakaran yang merosakkan 13 buah motosikal dan sebuah kereta, awal pagi tadi. Menurut Sinar Harian, Noreda Haja, 57 berkata, dia terdengar bunyi bising seperti sekumpulan individu sedang bergaduh di bahagian parkir Blok B flat tersebut kira-kira jam 1 pagi.

Tambahnya, sejam kemudian, keadaan menjadi riuh rendah sebelum mendapati api sedang marak di parkir flat dengan beberapa buah motosikal hangus. Katanya, pada jam 1 pagi, dia ada terdengar seperti orang bergaduh tetapi tidak menyangka akan berlaku kejadian kebakaran ini.

JOM BACA >>  Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan boleh beli Proton X50 di Shopee!

Ujarnya lagi, penduduk yang menyedari kejadian itu bergegas turun untuk menyelamatkan kenderaan yang berada di parkir. Dua buah motosikal Honda EX5 anaknya berjaya diselamatkan. Sementara itu, polis mengesahkan 13 buah motosikal yang di letakkan di bawah flat tersebut rosak selepas terbakar dalam kejadian pada jam 3.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tujuh daripada motosikal tersebut hangus keseluruhannya manakala bakinya mengalami sedikit kerosakan. Menurutnya, selain motosikal itu, sebuah kereta turut mengalami kerosakan kecil akibat daripada kesan kebakaran terbabit.

JOM BACA >>  Gambaran 3D “King @ Myvi” generasi keempat

Tambahnya, ketika polis tiba di lokasi kejadian, api sedang marak di kawasan parkir flat berkenaan. Katanya, api dapat dikawal oleh anggota bomba dan dibantu penduduk flat kira-kira jam 3.40 pagi. Siasatan mendapati, tujuh motosikal hangus dengan empat daripadanya jenis Honda EX5 dan masing-masing sebuah Yamaha LC 135, Honda C100 dan Honda Dash.

Jelas nya, enam motosikal yang mengalami kerosakan kecil adalah Suzuki Nex, Yamaha Ego, tiga buah Honda EX5 dan Yamaha RXZ termasuk sebuah Perodua Myvi. Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Hassan Hussain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.45 pagi dan tidak melibatkan mangsa dalam kebakaran tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >>  INTIP: Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >>  INTIP: Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baru dan gambar terapung
JOM BACA >>  Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >>  INFO: Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >>  Optimus PrimeINTIP: Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply