Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian seorang anggota polis di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Hing pada 12 Februari lalu.
Sinar Harian melaporkan, T Yogarajah, 58, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass. Mengikut pertuduhan, tertuduh memandu kereta pada jam 10.57 malam dengan kadar alkohol dalam nafas melebihi had yang ditetapkan dan menyebabkan kematian Lans Koperal Bradford Bernard, 28.
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
Tertuduh yang memandu dari Kluang menghala ke Renggam telah memasuki laluan motosikal lalu menyebabkan kemalangan dan kematian mangsa. Yogarajah didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nur Zahida Muhammad Ruzi yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
Arun kemudian memberikan peluang kepada tertuduh untuk merayu jaminan namun tertuduh tidak mahu kerana tidak mampu membayarnya. Arun menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula dan tertuduh dibenarkan melantik peguam atau mendapatkan khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Arun turut memerintahkan lesen memandu suspek digantung sehingga perbicaraan selesai. Pada 12 Februari lalu, Bradford maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk ketika baru selesai tugasan di Penjara Simpang Renggam dan dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
Anggota polis yang berasal dari Penampang, Sabah itu baharu berkahwin bulan lalu dan sudah empat tahun bertugas di daerah ini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas
KOMEN TERKINI