ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diesel Euro 5 ganti Euro 2M mulai hari ini

Berita Tempatan

Views

Kerajaan menetapkan pelaksanaan spesifikasi minyak diesel Euro 5 bagi menggantikan minyak diesel Euro 2M bermula 1 April (hari ini), kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Astro AWANI, tarikh asal pelaksanaannya adalah pada 1 September 2020, namun atas keprihatinan kerajaan, Jemaah Menteri pada 10 Jun 2020 bersetuju menangguhkannya pada 1 April ini susulan kekangan di pihak industri dan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Beliau berkata semua syarikat pengeluar, pembekal dan stesen minyak dikehendaki mematuhi pelaksanaan tersebut selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol Dan Diesel) 2007 serta Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol Dan Diesel) (Pindaan) 2021.

Kata beliau, pelaksanaan spesifikasi minyak diesel Euro 5 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mempertingkatkan status kualiti udara sepertimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Udara Bersih 2010. Beliau berkata kualiti minyak adalah penting untuk sistem enjin dan pelepasan daripada ekzos.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tuan Ibrahim berkata enjin berteknologi baharu yang mematuhi standard pelepasan Euro 4 ke atas memerlukan minyak yang lebih bersih untuk beroperasi secara optimum dan cekap dalam mengawal pelepasan asap atau gas pencemar daripada ekzos.

Katanya, pelaksanaan spesifikasi minyak diesel Euro 5 di seluruh negara akan dapat mempertingkatkan status kualiti udara. Tambah beliau lagi, Euro 5 merupakan diesel dengan kualiti yang lebih bersih dan kandungan sulfur yang lebih rendah iaitu sebanyak 10 part per million (ppm) berbanding Euro 2M yang mempunyai kandungan sulfur sebanyak 500 ppm.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply