ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dirempuh kereta, penganggur patah kaki tercampak atas kubur

Berita Tempatan

Views

Seorang penganggur nyaris maut apabila melambung dan tercampak ke atas kubur selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Alai-Kandang menghala Muar berhadapan Masjid Qariah Alai, di Melaka, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Muhammad Amiruddin Basir, 24, patah kaki kiri selepas tercampak di atas tanah perkuburan Islam bersebelahan masjid berkenaan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari arah Bandaraya Melaka ke Muar.

Ketika tiba di tempat kejadian, kata beliau, mangsa cuba memotong sebuah lori di hadapannya yang dalam arah sama. Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada penunggang motosikal yang cuba memotong sebuah lori di hadapan.

Bagaimanapun, motosikal terbabit telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta Perodua Bezza yang dipandu seorang guru berusia 37 tahun yang datang dari arah bertentangan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

“Akibatnya, motosikal itu hilang kawalan lalu tercampak ke atas tanah perkuburan Masjid Qariah Alai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Christopher, mangsa yang berasal dari Kampung Pulai, Merlimpeau dirawat di Zon Kuning, Hospital Melaka. Keadaan mangsa ujarnya, bagaimanapun dilaporkan stabil.

Pemandu kereta yang berasal dari Duyong berkata dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes berkenaan tambahnya, disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Buletin TV3

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Inforoadblock

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply