ARKIB

KATEGORI

Buletin

Disangka geng curi lembu, pekerja kontraktor LPT2 dicekup dan dipukul orang kampung

Berita Tempatan

Views

Semalam tular beberapa foto di laman Facebook yang mengatakan enam lelaki telah ditahan oleh penduduk kampung berhampiran susur keluar LPT2 di Kampung Chabang kerana disyaki ‘geng curi lembu‘. Namun semua itu adalah salah faham kerana mereka yang ditangkap itu sebenarnya pekerja kontraktor Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Menurut Sinar Harian, mereka telah ditahan selepas penduduk mendapati terdapat seekor lembu dalam sebuah van yang dinaiki keenam-enam lelaki berkenaan. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kesemua mereka sebenarnya merupakan pekerja kontraktor yang menjalankan tugas kerana diarahkan pengendali lebuh raya itu untuk menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran bagi mengelakkan berlaku kemalangan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Katanya, berlaku sedikit salah faham apabila sekumpulan penduduk melihat pekerja-pekerja kontraktor itu berada di kawasan susur keluar lebuh raya itu pada waktu malam. Penduduk kemudian bertindak menahan mereka sebelum memeriksa van yang dinaiki dan ternampak ada seekor lembu di dalamnya.

Lantas penduduk kampung menyangka kumpulan itu geng curi lembu kerana sebelum ini difahamkan haiwan ternakan sering hilang di kawasan tersebut. Penduduk yang berang turut memukul pekerja kontraktor tersebut.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Sehubungan itu, Mohd Said memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri dalam menghukum pesalah kerana mereka boleh berdepan dengan tindakan undang-undang. Tambahnya lagi, orang ramai boleh didakwa mengikut Seksyen 323, 324, 325 dan 326 Kanun Keseksaan jika membuat tangkapan yang tidak sah dan mendatangkan kecederaan kepada orang yang ditahan bergantung kepada tahap dan cara orang itu dicederakan.

Tuan lembu tu mana? Tak berani pula nak mengaku lembu tu dia punya, takut kantoi ke? Niaya ke orang tak bersalah, berat 66 sungguh la!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply