ARKIB

KATEGORI

Buletin

Disangka pemandu mabuk, rupanya budak 6 tahun pandu Toyota Vios sejauh 2.5 km sebelum terbabas

Tular

Views

Penduduk di sini gempar apabila mendapati sebuah kereta yang terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang, di Langkawi dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam semalam itu, kanak- kanak terbabit yang memandu kereta jenis Toyota Vios mengalami luka kecil pada dagu, manakala adik lelaki berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beberapa video kejadian tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak malam semalam dan menerusi video itu, kereta terbabit didapati dipandu secara berbahaya sehingga pengguna jalan raya lain menyangkakan pemandu mabuk, namun terkejut apabila mendapati ia dipandu kanak-kanak.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dalam video lain, kanak-kanak sama turut memberitahu bahawa dia mahu pergi ke kedai untuk membeli kereta mainan apabila ditanya penduduk yang berhenti untuk membantu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian kira-kira pukul 11.15 malam tadi.

Jelasnya, kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu kanak-kanak berusia enam tahun bersama seorang penumpang yang juga adiknya, berusia tiga tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kereta itu yang datang dari arah Ulu Melaka hilang kawalan dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang.

Kata beliau, dua beradik itu dipercayai keluar dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibu berada di dalam bilik air.

Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply