Berita baik! UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) kini sedang mengadakan Karnival Jualan Akhir Tahun yang menawarkan rebat tunai sehingga RM10,000 untuk beberapa model popular dan terpilih Toyota tahun 2016, bermula sekarang sehingga 31 Disember 2016. Rebat tunai ini ditawarkan untuk pembelian di mana mana pengedar sah Toyota seluruh negara.
Selain itu untuk pembelian terawal (Early Bird) model terbaharu Toyota Innova dan Toyota Corolla Altis, mulai sekarang sehingga akhir Disember 2016 turut ditawarkan rebat tunai namun hanya untuk stok terhad. Untuk Innova baharu, rebat tunai sehingga RM5,000 akan diberikan manakala Corolla Altis baharu pula pelanggan akan menikmati rebat tunai yang hampir sama dengan tambahan aksesori percuma bernilai RM5,700. Untuk mendapatkan rebat tunai, pelanggan perlu mendaftarkan model baharu mereka sebelum 31 Disember 2016.
Butiran mengenai rebat tunai untuk setiap model adalah seperti berikut:
Terhad untuk stok 2016 | Tawaran Awal (terhad untuk stok 2016) | ||
Model | Promosi rebat tunai | Model | Promosi rebat tunai |
Semua Varian · Vios · Camry · Fortuner · Avanza · Alphard · Vellfire Untuk varian terpilih · Hilux · Sienta | RM6,500 RM10,000 RM5,000 RM3,000 RM10,000 RM10,000
Sehingga RM6,000 Sehingga RM7,500 | · Innova Baharu · Corolla Altis Baharu | RM5,000 RM5,000 + free Akesesori (bernilai RM5,700) |
Semua model didatangkan dengan waranti lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux yang mempunyai had perbatuan maksimum 150,000 km). Untuk Camry Hibrid, pek bateri untuk Toyota Hybrid Synergy Drive diberi jaminan selama 8 tahun. Layari toyota.com.my atau hubungi TALIAN BEBAS TOL TOYOTA: 1800-8-TOYOTA (869682) untuk maklumat lanjut.
KOMEN TERKINI