ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Diskaun tol 10 peratus di Lebuhraya KLK dan LPT 1 sempena Krismas

Views

ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan diskaun tol 10 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas untuk semua kelas kenderaan. Diskaun tol itu akan berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam bermula jam 12.00 tengah malam hingga jam 11.59 malam pada Selasa, 25 Disember 2018.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pemberian diskaun ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Syarikat sejak tahun 2011, sebagai menghargai pengguna Lebuhraya Pantai Timur. ANIH Berhad turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Time Travel Advisory “TTA”) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan ke negeri-negeri di pantai timur sempena cuti perayaan Hari Krismas ini.

TTA ini disediakan untuk membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada satu masa yang sama di plaza tol (pada waktu puncak), khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga boleh menyebabkan kesesakan.

Waktu-waktu puncak di mana trafik dijangkakan membanjiri Lebuhraya KLK & LPT 1 sempena cuti Hari Krismas adalah:

  • 22 Disember – mulai jam 9 pagi hingga 2 petang (untuk trafik menghala ke pantai timur).
  • 23 dan 25 Disember – antara jam 4 petang hingga 12 malam (untuk trafik menghala ke arah Kuala Lumpur).

ANIH Berhad menyarankan pengguna yang ingin menuju ke Pahang pada 22 Disember untuk masuk ke lebuh raya sama ada pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang atau antara 7-11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh yang sama pula boleh memulakan perjalanan antara jam 6-10 pagi atau pada jam 5 petang hingga 8 malam.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Video acah pertama SUV Perodua (D38L)

Untuk kembali semula ke ibu kota pada 25 Disember, pengguna dari Pahang boleh memilih sama ada untuk memulakan perjalanan antara jam 6-10 pagi atau antara 7 petang hingga 11 malam. Pada tarikh yang sama, pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 8-11 pagi atau antara 8-10 malam, manakala pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam ATAU antara 9 malam hingga 12 tengah malam. (Sila rujuk TTA yang disertakan).

Orang ramai dan pengguna yang ingin menuju ke pantai timur boleh mendapatkan jadual TTA di laman web ANIH Berhad atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur. Mereka turut dinasihati untuk sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go
(TnG) dan eWallet RFID mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Perkhidmatan tambah nilai kad di lorong tol akan ditutup sekiranya trafik mulai padat bagi mengelak berlakunya kesesakan di plaza tol. Sekiranya ingin membuat tambah nilai atau membeli kad TnG, pengguna boleh melakukannya di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) di Plaza-plaza tol Gombak, Bentong, Karak, Temerloh dan Kuantan dari jam 7 pagi-10 malam setiap hari.

Pengguna turut boleh membuat tambah nilai di kios layan diri di Hentian Sebelah Gombak (arah barat), Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Genting Sempah, R&R Temerloh (arah timur dan barat) dan di Plaza Tol Gambang.

JOM BACA >> <Padah hina kematian Adib – Caryn Yean dibuang kerja

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply