ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ditahan sebab memandu laju – Pemandu Lamborghini salahkan COVID-19

Berita Global

Views

Astro Awani melaporkan, seorang warga Australia ditahan polis selepas memandu kereta Lamborghininya dua kali ganda melebihi had laju yang ditetapkan di Sydney. Namun apa yang menarik perhatian, pemandu tersebut menggunakan alasan terpaksa bergegas ke hospital untuk menjalani ujian COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Menurut AFP, dalam kejadian pada Rabu itu, polis berkata lelaki tersebut telah ditahan kerana memandu dengan kelajuan 160 kilometer sejam di zon had laju 90 kilometer sejam. Dia kemudiannya telah didenda kerana memandu dengan kelajuan yang tinggi selain lesennya turut digantung.

Susulan itu polis menyeru warga Australia yang mengesyaki dijangkiti virus COVID-19 untuk menghubungi pusat perubatan terdekat terlebih dahulu. Penolong Pesuruhjaya Polis, Michael Corboy berkata, pemandu tidak boleh melanggar peraturan jalan raya walau dalam apa jua keadaan.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Tambahnya, jika anda berasa mempunyai sebarang simptom COVID-19, sila hubungi pihak khidmat perubatan terlebih dahulu sekiranya mengesyaki menghidap gejala wabak COVID-19 dan ingin mendapatkan bantuan daripada doktor atau hospital,

Individu berusia 35 tahun itu telah diuji untuk COVID-19 dan kini menjalani pengasingan diri mandatori, jelas pihak polis. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dia telah diuji positif atau tidak.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply