ARKIB

KATEGORI

Buletin

Domino mulakan program perintis guna kenderaan autonomi Nuro R2 untuk hantar pizza

Berita Global

Views

Zaman dah berubah, teknologi pun makin canggih. Mungkin selepas ini kerjaya sebagai penghantar pizza bakal terancam selepas Domino telah memulakan perkhidmatan penghantaran pizza menggunakan kenderaan autonomi Nuro R2.

Perkhidmatan dijangka bermula minggu ini, namun ia terhad kepada sebuah restoran sahaja yang terletak di kawasan kejiranan Woodland Heights. Houston, Texas. Menurut syarikat tersebut, pelanggan terpilih yang membuat tempahan secara dalam talian akan diberi pilihan untuk menerima pizza mereka yang dihantar menggunakan Nuro R2.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Pelanggan tersebut akan menerima pesanan teks yang akan mengemaskini lokasi R2 dan memberikan mereka kod PIN unik untuk mengambil pesanan mereka. Semasa kenderaan tersebut tiba, pelanggan hanya perlu menaip PIN dan pintunya akan terbuka untuk mereka mengambil pizza yang ditempah.

Domino berkata, R2 merupakan “kenderaan autonomi sepenuhnya yang pertama, kenderaan penghantaran tanpa penumpang atas-jalan yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat” dan akan membolehkan mereka memberikan pengalaman penghantaran baharu kepada pelanggan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Walaupun program perintis ini terhad kepada satu kedai, ketua pegawai inovasi Domino, Dennis Maloney berkata, masih banyak yang boleh dipelajari oleh mereka mengenai ruang penghantaran secara autonomi. Tambahnya, program ini akan membolehkan mereka memahami dengan lebih baik bagaimana pelanggan bertindak balas terhadap penghantaran, bagaimana mereka berinteraksi dengan robot dan bagaimana ia mempengaruhi operasi kedai.

Domino bukanlah satu-satunya syarikat yang meneroka penghantaran autonomi. Pada tahun 2018, Kroger dan Nuro telah mengumumkan program perintis penghantaran barangan runcit secara autonomi yang meliputi ujian di Scottsdale, Arizona dan Houston, Texas. Nuro juga telah mengadakan kerjasama dengan Walmart dan mereka bakal membuat lebih banyak pengumuman pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply