ARKIB

KATEGORI

Buletin

DRB-Hicom perkenalkan model EV, Polestar 2 kepada Tun Dr. Mahathir

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Dr. Mahathir bin Mohamad menerusi satu hantaran memaklumkan, DRB-Hicom telah memperkenalkan sebuah kereta elektrik (EV), Polestar 2 kepada mantan Perdana Menteri Malaysia dan bekas pengerusi Proton itu.

Polestar 2 merupakan salah satu model keluaran anak syarikat Geely, yang merupakan rakan strategik Proton. Menurut Tun Dr. Mahathir, beliau difahamkan kereta tersebut mampu mencapai jarak tempuh sehingga 400km dengan hanya sekali cas penuh.

Masa mengecas baterinya pula adalah kurang dari 2 jam untuk mendapatkan 100 peratus bekalan penuh. Sekiranya mengecas di rumah, ianya mengambil masa lebih dari 7 jam.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Tetapi, pada ketika ini sudah terdapat lebih 1,000 stesen pengecasan EV di seluruh negara. Jadi, tidak timbul masalah untuk mengecas kenderaan EV di mana sahaja.

Tambah beliau, di kebanyakan negara Kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta elektrik. Beliau mendapati pada masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana mengurangkan pencemaran.

Namun harus kita ingat, meskipun kereta ini tidak mencemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesen janakuasa juga mencemarkan udara.

Kereta elektrik masih lagi belum sampai ke tahap bebas pencemaran udara. Akhirnya, mungkin kita terpaksa menggunakan kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Sementara itu, untuk membersihkan iklim dalam bandar, kereta eletrik masih menjadi pilihan. Pada pandangan beliau dari segi reka bentuk, kereta ini amat canggih.

Kereta ini tidak mempunyai ruang enjin yang besar, sebaliknya ia telah dijadikan sebagai ruang penyimpanan barang.

Ciri-ciri reka bentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan di paparan skrin berbentuk ‘tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di papan pemuka seperti kereta biasa.

Tun Dr. Mahathir berharap agar pihak Proton dapat memajukan projek sebegini supaya satu masa nanti pengeluar ketera nasional itu juga mampu menghasilkan kereta elektriknya sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dr. Mahathir bin Mohamad

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply