ARKIB

KATEGORI

Buletin

Drebar bas RapidKL rempuh kenderaan khayal syabu

Views

Harian Metro melaporkan pihak Polis mengesahkan pemandu bas RapidKL berusia 32 tahun yang merempuh tujuh kenderaan di Jalan Ampang, malam semalam di bawah pengaruh methamphetamine (syabu). Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pemandu itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

Siasatan juga dibantu oleh polis Selangor dan polis Kuala Lumpur. Lelaki terbabit ditahan oleh polis Ampang kerana insiden itu berlaku di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini. Mengulas berhubung dakwaan beberapa orang membelasah pemandu itu, Mazlan berkata, pemandu terbabit perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Siasatan hanya akan dilakukan selepas Polis menerima aduan. Difahamkan, empat individu dilaporkan cedera akibat kejadian berkenaan. Rapid Bus Sdn Bhd pula telah menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans daripada pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden semalam.

JOM BACA >> Rapid Bus Sdn Bhd Tubuh Pasukan Khas Untuk Tuntutan Insurans

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply