ARKIB

KATEGORI

Buletin

Drebar Camry putih telah ditahan

Berita Tempatan

Views

Akhirnya kuasa tular telah berjaya membawa kepada penahanan pemandu Toyota Camry putih yang menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 56 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bentong, Pahang hingga sebuah motosikal terbabas semalam setelah individu tersebut sudah menyerah diri.

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh mengesahkan pemandu kenderaan terbabit yang juga seorang lelaki berusia 37 tahun menyerah diri selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak pada 6.51 petang.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Menurutnya, pemandu kereta itu kemudiannya dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan akan menjalani ujian saringan awal air kencing. Kenderaannya turut ditahan untuk siasatan lanjut. Kata beliau, dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu sedang dikesan untuk membantu siasatan.

Tambahnya, motosikal itu ditunggang lelaki Orang Asli manakala pemboncengnya adalah wanita Melayu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Unis berkata, kejadian berlaku pada 2.30 petang apabila kenderaan dipandu lelaki itu mengubah haluan ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan hadapan.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Jelas Yusuf, motosikal yang datang dari lorong kecemasan yang ditunggang lelaki dan membonceng wanita berusia 26 tahun itu cuba mengelak lalunya sebelum terbabas ke kiri dan terjatuh di tebing jalan. Kata beliau, pemandu kenderaan tidak memberhentikan kenderaannya selepas kejadian itu. Tambah beliau, mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Bentong dan dirawat sebagai pesakit luar.

Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dalam perkembangan berasingan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan pemandu Camry tersebut dan berharap ia dapat meredakan kemarahan warganet. Pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada pengguna jalan raya yang prihatin dan peka tentang kejadian tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply