ARKIB

KATEGORI

Buletin

Drebar Myvi biru samun OKU, pandu melulu didapati positif syabu

Berita Tempatan

Views

Semalam tular beberapa video yang memaparkan adegan kejar-mengejar antara beberapa penunggang motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di tengah kesibukan kota raya Kuala Lumpur. Pemandu Myvi berwarna biru itu didakwa menyamun orang kurang upaya (OKU) dan melarikan diri dengan memandu secara melulu hingga merempuh beberapa buah kenderaan.

Menurut Sinar Harian, pemandu tersebut kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, hasil ujian saringan awal juga mendapati pemandu itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Jelas beliau, selepas ditangkap, pihaknya menyerahkan kepada bahagian trafik bagi membuka kertas siasatan. Ujian air kencing pula mendapati pemandu tersebut didapati positif dadah. Jadi, pihak polis menahan suspek dan dia akan reman bermula hari ini, namun tidak dipastikan berapa hari kerana ia akan diputuskan Mahkamah.

Kata Mohd Fahmi, kes ini masih dalam siasatan. Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya mengesahkan suspek, lelaki berusia 25 tahun terbabit merupakan anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menurutnya, sehingga tengah hari tadi, pihaknya belum menerima apa-apa laporan daripada mangsa OKU yang didakwa disamun itu kerana maklumat diterima hanyalah berdasarkan video yang dirakam orang awam.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Kata beliau, pihaknya memohon mangsa atau saksi tampil bagi membantu siasatan. Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi bagi membantu siasatan susulan tular rakaman video kenderaan yang dinaikinya melanggar empat kenderaan lain di Jalan Pudu, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian 4.50 petang itu, saksi seorang penghantar makanan yang telah merakam video mendakwa pemandu kereta itu telah menolak keluar mangsa seorang lelaki OKU daripada pintu depan kiri kenderaan berkenaan. Selepas itu, saksi mengejar pemandu berusia 25 tahun untuk mengarahkan memberhentikan kenderaan, namun dia terus melarikan diri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply