ARKIB

KATEGORI

Buletin

DRIVE: Auto Fair 2019 kembali untuk tahun ketiga berturut-turut

Berita Tempatan

Views

Pameran kereta yang paling dinanti-nantikan, DRIVE: Auto Fair 2019 kini kembali untuk tahun ketiga berturut-turut mulai semalam (16) hingga 18 Ogos 2019 bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. Ia dianjurkan oleh laman sesawang automotif utama di Malaysia, Carlist.my dan menawarkan pelbagai tawaran dan promosi hebat dari lebih 30 jenama kereta, antaranya Mazda, Subaru, Nissan, Mitsubishi, Honda, Toyota, BMW, MINI, Proton dan Perodua.

Bagi mereka yang ingin menaik taraf dan membeli kereta baharu, permohonan dan kelulusan pinjaman di lokasi pameran turut ditawarkan dengan Public Bank menawarkan kadar faedah serendah 2.22 peratus (menurut terma dan syarat). Acara ini diiktiraf oleh Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii) dan turut disertai oleh beberapa jenama seperti TRAPO, Pecca Leather, Superlon, Llumar Tinting, Touch’n Go, Maxis, Monster Energy Drink, Smart Cruiser Electric Scooters dan Osren Luminous Malaysia.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Ketua Pegawai Eksekutif iCar Asia, Hamish Stone berkata mereka amat teruja untuk menganjurkan pameran buat kali ketiga yang merupakan acara terbesar mereka setakat ini. Tahun ini menyaksikan penyertaan dua kali ganda jenama yang mengambil bahagian dan mereka juga mensasarkan untuk menggandakan jumlah kehadiran pengunjung.

Acara tahun ini akan menyaksikan pratonton model serba baharu Subaru Forester dan penampilan pertama secara umum MINI 60 Years Edition, selain Toyota Hilux Black Edition, Mazda 3 baharu, Proton Saga 2019, Nissan Leaf dan BMW X5. Pengunjung juga berpeluang untuk memandu uji pelbagai jenis kereta dari jenama yang mengambil bahagian manakala peminat sukan lumba kereta boleh menyaksikan penampilan Aylezo Motorsports Ginetta G55 GT3 dan Caterham SP300R.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Selain itu, acara tahun ini turut menampilkan pertunjukan drift profesional dari Zen Low & Friends dan Russ Swift Stunt Show dari Subaru. Pengunjung yang sukakan cabaran pula boleh menaiki ‘teksi drift‘ untuk merasai pengalaman drift dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Tidak dilupakan bagi kanak-kanak, Sony Pictures Malaysia akan mengadakan kawasan permainan Angry Birds di dalam dewan pameran.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga memberikan tip pemeriksaan kereta dan juga tip keselamatan jalan raya kepada pengunjung. Kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), turut berada di sana untuk pengunjung membayar saman atau memperbaharui lesen memandu.

Pengunjung yang mendaftarkan diri juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah harian berupa gajet elektronik dan pakej percutian bernilai lebih RM 30,000 dari Carlist.my. Masuk adalah percuma, jom ramai-ramai ke DRIVE: Auto Fair 2019!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply