Boleh kata ramai warga asing yang dah pernah tinggal di bumi bertuah Malaysia, pasti sukar merupakan pengalaman mereka di sini yang sangat sinonim dengan makanan dan tempat peranginan. Tapi lain pula bagi dua beradik warga Belanda, Jochem dan Ruben Gravemade yang sanggup membina sebuah Proton Wira versi teksi yang dikenali dengan “Projek Proton” semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring.
Projek istimewa ini telah dikongsikan oleh mereka menerusi laman Instagram dutch_diy_mechanics. Menerusi perkongsian mereka bersama rakan media kami di paultan.org, dua beradik ini pernah tinggal di Ampang selama tujuh tahun dan setelah kembali ke negara asal, mereka ingin membuat sesuatu yang berbeza, semata-mata untuk memberitahu semua orang di Nürburgring, Malaysia mampu membina kereta yang bagus.
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
Menurut Jochem, mereka sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan sebuah unit Wira pada 5 Julai tahun lalu kerana ia dijual dalam jumlah yang sangat kecil di Jerman dan agak jarang dilihat dengan pemanduan kiri. Enjin asal kereta ini 4G13 1.3 liter telah mengalami kerosakan dan terpaksa diganti dengan unit yang lain.
Namun, unit enjin kedua itu juga gagal untuk berfungsi dengan baik akibat kegagalan sistem pendawaian, Kemudian, mereka telah membeli sebuah Wira Aeroback dengan enjin 4G15 1.5 liter yang berfungsi dengan baik, sekaligus menjadikan kereta yang pertama itu sebagai ‘penderma organ’.
Kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan dengan agak lancar, memandangkan ada banyak Mitsubishi Colt, Lancer dan Galant terdapat di sana walaupun ada beberapa komponen spesifik seperti lampu, sukar untuk diperolehi. Akhirnya ia berjaya disiapkan dan teksi litar ini turut dilekatkan dengan lencana ikonik pada pintu depan yang tertera perkataan “DDM Dutch Mechanics Sdn Bhd” dan “Teksi Ampang”.
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
Teksi Wira ini turut dilengkapi dengan rim aloi 16-inci dan tayar sport dan sistem brek yang lebih baik bagi kegunaan di litar. Apa yang menarik, pelekat cermin pandu lalu VIP McDonald’s turut ditampal pada cermin hadapan kereta tersebut dan ia telah dihadiahkan oleh salah seorang peminat mereka di Malaysia.
Kereta ini turun buat julung kalinya di litar Nürburgring pada ulang tahun pertamanya pada 5 Julai lalu dan akan turun untuk aksi keduanya pada penghujung bulan ini. Sebenarnya menurut Jochem, teksi ini masih lagi masih belum sempurna dan merancang untuk memasang meter teksi yang berfungsi tidak lama lagi.
Mereka sebenarnya ada terfikir untuk mengenakan ‘tambang’ kepada penumpang yang ingin mengelilingi litar tersebut. Menarik juga idea mereka bukan? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dua beradik dan Wira teksi ini, anda boleh ke laman YouTube dan Instagram mereka.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit dutch_diy_mechanics
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
KOMEN TERKINI