ARKIB

KATEGORI

Tular

Dua BUAYA terciduk

Tular

Views

Laman Facebook Polis Trafik Daerah Temerloh semalam melaporkan, dua remaja yang mengubah nombor pendaftaran berjaya ditahan dalam satu Op Motorsikal yang dijalankan di Temerloh oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Temerloh.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Temerloh bersama enam orang anggota BSPT Temerloh berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Hasil operasi yang dijalankan telah berjaya menahan dua remaja bersama motosikal untuk disiasat dibawah Seksyen 108 (3)(E) APJ 1987 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Ini kerana remaja tersebut telah mengubah nombor pendaftaran menjadi (BUAYA) dan menampal pelekat pada nombor pendaftaran. Sehubungan dengan itu, BSPT Temerloh bakal mengambil tindakan tegas kepada penunggang atau pemandu kenderaan yang mengubahsuai kenderaan dengan niat untuk mengelirukan pihak berkuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Trafik Daerah Temerloh

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply