Dua cedera manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus H125 dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, pagi tadi. Menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 9.26 pagi dan menggerakkan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik ke lokasi.
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
Jelasnya, helikopter terbabit terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku. Terdapat lima lelaki warga tempatan termasuk juruterbang di dalam helikopter dan dua daripada mereka mengalami kecederaan.
Katanya, seorang mangsa dilaporkan patah kaki kanan dan cedera di kepala, manakala rakannya cedera ringan di kaki dan tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Norazam berkata mangsa yang cedera menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Tambah Norazam, punca kejadian masih dalam siasatan. Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, helikopter bersama lima penumpang dan dua juruterbang berkenaan terhempas di Bay 17 LTSAAS pada jam 9.18 pagi menyebabkan pembantu juruterbang cedera.
Jelas Nik Ezanee lagi, mangsa sudah dibawa ke hospital untuk rawatan dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan kini sedang menyiasat berhubung punca kemalangan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
KOMEN TERKINI