ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua kategori elaun pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas dinaikkan serta-merta

Berita Tempatan

Views

Pelajar di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) akan menikmati kenaikan elaun berkuat kuasa serta-merta melibatkan dua kategori.

Menurut KOSMO! ONLINE, ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu melibatkan seramai 2,267 orang pelajar.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Ujar beliau, kategori pertama adalah melibatkan kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar dalam negara, manakala tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.

Tambahnya, kategori kedua pula melibatkan pelajar yang baru menerima penajaan PESP, elaun induksi (Onboarding Allowance) dinaikkan daripada RM4,500 kepada RM5,000.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2022. Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.

Ismail Sabri berkata, kenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini. Kata beliau lagi, bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply