ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua maut dihempap mesin penghentak cerucuk

Views

Sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kes kemalangan maut di kawasan pembinaan. Yang terbaharu, tengah hari tadi sepasang suami isteri berbangsa Melayu meninggal dunia akibat kenderaan Perodua Axia yang dinaiki mereka dihempap mesin penghentak cerucuk yang terbalik di Jalan Astana, Meru, Klang. Insiden yang berlaku jam 12.30 tengah hari menyebabkan pasangan yang berusia dalam lingkungan 50an telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (Operasi) Mohd Sani Harul yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, mereka menerima panggilan kecemasan jam 12.35 tengah hari dan menghantar sepasukan tujuh anggota bomba dari balai bomba Sungai Pinang ke lokasi kejadian.

Kematian pasangan tersebut telah disahkan oleh pasukan paramedik dan mayat telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah untuk diuruskan. Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai identiti mangsa yang maut dan punca kejadian kini sedang disiasat. Sebelum ini, satu kes kemalangan maut juga telah berlaku di sebuah kawasan pembinaan di Bukit Bintang akibat penyangkuk kren jatuh di atas sebuah kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.

Sudah tiba masanya pihak berwajib mengambil tindakan lebih tegas kepada kontraktor pembinaan yang terbukti cuai semasa melakukan kerja kerja pembinaan dan tidak cakna mengenai keselamatan orang awam yang berada berhampiran kawasan tersebut. Pemantauan yang lebih teliti dan rapi juga perlu dibuat secara berkala agar pihak kontraktor mematuhi segala piawaian keselamatan yang perlu dibuat supaya kejadian seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dari kami di funtasticko.net. Al-Fatihah.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply