ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua rakyat Afghanistan terkorban selepas terjatuh dari pesawat C-17 tentera AS

Berita Global

Views

Astro AWANI melaporkan, dua rakyat Afghanistan disahkan terkorban selepas terjatuh ketika cuba berpaut pada roda pesawat pengangkut Boeing C-17 Globemaster III milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang terbang keluar dari Kabul.

Menurut ciapan di Twitter Tehran Times, dua mangsa yang terdesak untuk melarikan diri dari Afghanistan itu terjatuh ketika pesawat berkenaan berlepas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Sebelum ini, tular satu rakaman yang menunjukkan ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar pesawat yang meninggalkan negara tersebut.

Sehingga kini, dilaporkan sekurang-kurangnya lima orang terkorban di Lapangan Terbang Kabul ketika ratusan penduduk cuba memasuki pesawat secara paksa dalam usaha meninggalkan ibu kota Afghanistan itu.

Menurut Reuters yang memetik kenyataan saksi di tempat kejadian, masih tidak jelas sama ada mangsa yang terkorban itu terjatuh selepas ditembak atau kerana diasak oleh orang ramai.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Situasi di lapangan terbang dipenuhi dengan ribuan penduduk bandar Kabul yang cuba untuk meninggalkan negara tersebut.

Berikutan keadaan itu, tentera Amerika Syarikat terpaksa melepaskan tembakan ke udara untuk mengawal keadaan.

Sehubungan itu, lapangan terbang awam Kabul telah pun ditutup dan laluan udara telah diserahkan kepada pihak tentera dengan penerbangan komersial terpaksa ditangguhkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply