ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua stesen minyak Shell diiktiraf sebagai ‘Bangunan Hijau’

Berita Tempatan

Views
Kedai Minyak Shell bertaraf hijau selamatkan 5.3 pokok sehari

Shell Malaysia telah mencatatkan satu lagi sejarah dengan menjadi industri peruncitan bahan api Asia Pasifik pertama yang menerima anugerah Persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) semalam. Dua stesen miliknya, Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connaught kini diiktiraf sebagai ‘bangunan hijau‘.

Dengan pengenalan kategori baharu Peruncitan Bahan Api dalam Indeks Bangunan Hijau, penarafan hijau Malaysia bakal menggalakkan pembinaan dan bangunan mampan, ia sekaligus membuka jalan bagi dunia bahan api untuk memperkenalkan lebih banyak penyelesaian mesra alam di stesennya.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Apabila kategori baharu ini diperkenalkan, syarikat mencari jalan untuk berfikir semula dan mengubahsuai penyelesaian pintar dan elemen reka bentuk stesen. Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berkata, mereka memahami peranan penting yang dimainkan oleh tenaga dalam membantu manusia mencapai dan mengekalkan kualiti hidup yang baik.

Oleh itu, Shell Malaysia sentiasa berusaha untuk mencari jalan baharu untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih agar kehidupan mereka lebih baik. Beliau amat berbangga kerana syarikat berjaya mencapai Persijilan GBI untuk kedua-dua setesen ini hanya dalam masa enam bulan.

JOM BACA >> Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

Antara elemen GBI yang dilaksanakan termasuklah pemasangan sistem solar Photo Voltaic (PV) untuk menjana elektrik menerusi bekalan solar, penukaran kelengkapan bilik air konvensional dengan tempat membuang air kecil tanpa air dan paip jimat air, selain sistem pemantauan yang akan memberi amaran kepada stesen sebarang ketidakkonsistenan penggunaan untuk mengelakkan pembaziran sumber yang tidak perlu.

Pelanggan Shell turut merasai faedah segera seperti stesen yang lebih sejuk dan terang ketika mereka melangkah masuk. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut mengucapkan tahniah kepada Shell kerana pengiktirafan ini.

Syarikat minyak dan gas dengan warisan 128 tahun di Malaysia ini bercita-cita untuk mencapai penyelesaian jangka panjang yang mampan dan tenaga yang lebih bersih. Ini ditunjukkan dalam inisiatif operasi syarikat seperti Shell Eco-Marathon, pelbagai produk dan perkhidmatan di stesen minyak.

Syabas Shell Malaysia! Jom tonton video ni.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply