ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua terbunuh, 14 cedera – Lori 10 tan rempuh 7 kenderaan di lampu isyarat

Berita Tempatan

Views

K! ONLINE melaporkan dua terbunuh manakala 14 cedera termasuk dua parah dalam kemalangan maut membabitkan lapan buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Machap di Kluang, petang tadi.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa, Wong Fok On dan Chong Wok Choo, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. Difahamkan mangsa merupakan pasangan suami isteri. Mangsa cedera parah pula masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa serta 12 mangsa yang lain termasuk dua kanak-kanak cedera ringan.

Kemalangan itu membabitkan tiga buah lori dan lima kenderaan termasuk Hyundai Elantra, Volkswagen Tiguan, Naza Citra, Perodua Bezza dan Alza. Insiden itu berlaku berpunca daripada lori 10 tan yang disyaki mengalami kegagalan sistem brek sebelum merempuh tujuh kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat terbabit.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.51 petang. Katanya, dua jentera bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sejurus tiba, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati benar berlaku kemalangan membabitkan lapan buah kenderaan. PKO mengeluarkan pemandu Hyundai Elantra dan penumpang belakang yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca sebenar kemalangan itu masih dalam siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply