Sejak 2003 lebih 350,000 orang pemandu trak di 50 negara telah menyertai Scania Driver Competitions (SDC) yang merupakan acara pemanduan trak dan bas yang terbesar di dunia yang memfokuskan kesedaran keselamatan-jalan raya, mempertingkatkan penggunaan bahan bakar dan meminimakan kesan alam sekitar dari kenderaan komersil. SDC edisi kali ini ditaja oleh Michelin (M) Sdn Bhd, dan disokong oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Kedutaan Sweden.
Pusingan akhir SDC Southeast Asia 2016-2017 (SDC-SEA) telah diadakan di Malaysia dan menyaksikan 19 pemandu dari Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Singpura berentap untuk bergelar juara dan apa yang membanggakan, dua wakil dari the Malaysian berjaya mengguli kedua-dua kategori yang dipertandingkan.
Dalam kategori bas, juara disandang oleh wakil Malaysia, Law Cheok Gheen dari Zulco Sdn Bhd yang berjaya menggondol hadiah wang tunai RM10,000, sebuah trofi dan sijil. Seorang lagi wakil Malaysia, Sarveswaren Srues A/L Ram dari Air Products Sdn Bhd berjaya mengungguli kategori trak dan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, sebuah trofi dan sijil.
Pemandu trak telah diuji menggunakan jentera Scania G410LA6x2MSZ yang disambung dengan treler bersama kontena sepanjang 20 kaki, manakala pemandu bas pula diuji menggunakan koc Scania Marcopolo K410IB4x2. Semasa pertandingan berlangsung, keupayaan mereka diuji menerusi pelbagai siri ujian masa kecekapan pergerakan seperti ujian ketepatan ‘Knock the Cone’ dan ujian halangan ‘Boardwalk’.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI