ARKIB

KATEGORI

Buletin

E-panggilan kekal, setahun diperlukan untuk laksana peraturan baharu

Views

Pastinya berita ini akan membuatkan pemandu-pemandu teksi makin ‘hangin’ dengan kerajaan. Free Malaysia Today melaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, peraturan baharu yang dikenakan ke atas perkhidmatan e-panggilan akan mengambil masa setahun untuk dilaksanakan sepenuhnya. Ini bermakna, perkhidmatan e-panggilan masih lagi kekal namun ia tertakluk kepada peraturan baharu.

Beliau berkata peraturan itu telah diwartakan Julai lepas menerusi Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial (Pindaan) 2017. Ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan sepenuhnya bagi mendaftarkan syarikat dan kira-kira 100,000 pemandu e-panggilan di seluruh negara

Kerajaan telah melaksanakan peraturan terhadap e-panggilan selepas bersetuju untuk membenarkan perkhidmatan tersebut di negara ini. Apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak, ia akan meletakkan industri e-panggilan dan teksi dalam kedudukan yang sama. Loke berkata demikian kepada pemberita selepas Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan ke-18, semalam.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Peraturan ini dibuat bagi memberi kesamarataan antara perkhidmatan e-panggilan dan teksi. Antara peraturan baharu yang akan dikenakan kepada pemandu e-panggilan adalah mereka perlu mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan melakukan pemeriksaan kenderaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menteri Pengangkutan turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan tidak mengendahkan nasib pemandu teksi yang terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-panggilan. Pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi seperti pemberian permit persendirian dan menetapkan peraturan terhadap e-panggilan supaya kedua-dua pihak boleh bersaing dengan adil.

Namun, permintaan pemandu teksi untuk mengharamkan syarikat e-panggilan yang menggunakan kereta persendirian tidak akan dilayan oleh kerajaan. Tambah beliau lagi, pemandu teksi tradisional turut digalakkan menggunakan aplikasi yang sama. Loke berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lebih 200 pemandu teksi Langkawi di pulau peranginan popular itu semalam, yang mahu perkhidmatan e-panggilan Grab diharamkan kerana didakwa menjejaskan punca pendapatan mereka.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply