ARKIB

KATEGORI

Buletin

ECRL : Nama je Terowong Kuantan tapi sebahagian besar laluan tengah ada di Terengganu

Berita Tempatan

Views

Walaupun namanya Terowong Kuantan, uniknya terowong Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) itu ialah sebahagian besar laluan tengahnya berada di negeri Terengganu meskipun ‘jalan’ masuk dan keluar terletak di Pahang.

Menurut Harian Metro, Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Noor Azlan Salleh berkata, hanya 34 peratus atau 976 meter (m) daripada 2.8 kilometer (km) panjang keseluruhan terowong itu berada di negeri ‘Tok Gajah’ manakala bakinya melintasi bumi ‘Sang Penyu’.

Jelasnya, laluan masuk adalah di Alor Batu di Jabor (Kuantan) membabitkan perjalanan sepanjang 481m sebelum memasuki Terengganu sepanjang 1.8km dan kembali semula ke Pahang pada 495m akhir terowong untuk keluar di Bukit Galing di Kuantan.

Noor Azlan berkata, Terowong Kuantan juga merupakan terowong terpanjang bagi Seksyen B ECRL yang membabitkan perjalanan dari Dungun, Terengganu ke Temerloh, Pahang dan kedua terpanjang bagi terowong ECRL di negeri ini, iaitu selepas terowong di Bentong sepanjang 16km.

Jumlah keseluruhan terowong ialah 59 dengan dua daripadanya membabitkan ‘perjalanan merentas negeri’ iaitu bagi laluan sempadan Pahang-Selangor dari Bentong ke Gombak dan sempadan Terengganu-Kelantan di Jerteh ke Pasir Puteh.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

MRL ialah pemilik projek dan aset ECRL manakala China Communications Construction Company Ltd (CCCC) merupakan kontraktor utama projek itu yang membabitkan jarak keseluruhan 665km, merentasi empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, dengan jangkaan siap pada suku akhir 2026.

Projek ECRL bermula di Kota Bharu, Kelantan dan tamat di Lembah Klang, Selangor yang menawarkan perkhidmatan kereta api penumpang pada kelajuan 160 km/j dan 80 km/j bagi kereta api kargo dijangka dapat mengurangkan waktu perjalanan menjadi empat jam berbanding tujuh jam mengikut jalan darat.

Noor Azlan berkata setakat ini, Terowong Kuantan berada di fasa pengorekan sekitar 65 peratus daripada jumlah keseluruhan panjang terowong dengan kerja-kerja letupan dilakukan di kedua-dua arah laluan masuk dan keluar, sejak beberapa bulan lalu.

Kerja pengorekan dijangka selesai pada suku ketiga tahun depan manakala jangkaan siap sepenuhnya ialah pada April 2023, yang menurut Noor Azlan, setakat ini pelaksanaan adalah berjalan mengikut perancangan walaupun berlaku sedikit ‘perbezaan jadual’ akibat pandemik Covid-19.

Katanya, proses letupan dilakukan sebanyak dua atau maksimum tiga kali sehari, membabitkan proses penggerudian bagi memasukkan bahan letupan ke dalam batu dengan kadar letupan adalah bergantung pada jenis batuan yang dihadapi.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Tambahnya, batuan keras seperti granit boleh menjangkau ke empat meter bagi satu letupan dengan bahan letupan digunakan ialah sekitar 200 hingga 300kg dengan jangkaan jumlah keseluruhan tanah dan batuan yang digali bagi pembinaan Terowong Kuantan ialah 380,000 meter padu.

Noor Azlan berkata, kerja pengorekan berjalan 24 jam sehari membabitkan 280 pekerja warga tempatan dan luar negara, dan jenis batuan akan menentukan ‘cepat lambat’ proses itu dapat disiapkan.

Kerja pengorekan lebih cepat dilakukan jika kawasan terlibat terdiri daripada batuan keras berbanding tanah, seperti di Terowong Paka, Terengganu sepanjang 1.1km dapat disiapkan pada 9 April lalu, enam bulan lebih awal daripada jangkaan awal, disebabkan keadaan geografi tersebut.

Selain faktor geografi, Noor Azlan berkata, mereka juga berdepan dengan cabaran lojistik bahan letupan di peringkat awal proses pengorekan bermula, namun ia dapat diselesaikan dengan kerjasama daripada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan bahan berbahaya itu berada di tahap terbaik.

Pembinaan terowong ini bertujuan untuk memelihara kelestarian alam sekitar di sepanjang laluan ECRL, seperti kawasan rizab hutan dan memastikan hidupan liar tidak terganggu berbanding kaedah dahulu yang sering digunakan iaitu memotong cerun.

Ujarnya lagi, kos untuk membina terowong adalah lebih mahal iaitu antara tujuh ke lapan kali berbanding kaedah lama. Malah, keputusan membina terowong adalah satu daripada keputusan paling penting dalam pelaksanaan ECRL demi alam sekitar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azmaidi Abidin

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply