ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi Kantoi : Casis Nissan Navara berkarat dan patah, pemilik berang

Views

Jika tahun lalu Toyota Hilux kantoi setelah gagal ujian Moose yang dikendalikan oleh syarikat penerbitan dari Sweden, Teknikens Värld, kali ini perkara yang lebih dahsyat pula timbul setelah The Sun UK berjaya mendedahkan Nissan Navara mengalami masalah casis berkarat dan telah mengakibatkan trak pikap tersebut patah.

Perkara ini terbongkar setelah beberapa pemilik berang dan memuatnaik beberapa gambar dan bukti ke laman Facebook dan menggesa Nissan untuk memanggil balik trak pikap tersebut selain menuduh Nissan cuba untuk menyembunyikan isu tersebut. Trak pikap Nissan Navara sememangnya popular di kalangan kontraktor binaan dan kaum ibu di United Kingdom.

Tindakan telah mula diambil oleh pengeluar dari Jepun itu dengan melakukan pemeriksaan pada trak yang terjejas, namum shingga kini tiada sebarang arahan penggilan balik secara rasmi dikeluarkan untuk model D40 tersebut. Isu tersebut turut terpalit kepada beberapa unit model ­Pathfinder R51, yang merupakan versi tujuh-tempat duduk model Navara. Nissan dikatakan tahu mengenai masalah tersebut sejak setahun yang lalu, namun sehingga kini mereka masih berdiam diri mengenainya.

Bulan Mei tahun lalu The Sun telah menyiasat kes Zafira Bs yang dikatakan berisiko untuk terbakar sehingga memaksa Vauxhall menanggung kos sehingga £50 juta untuk memanggil balik 235,000 unit kenderaan tersebut untuk diperiksa. Jawatankuasa Pengangkutan Terpilih telah menjalankan siasatan mengenai isu Vauxhall tersebut dan salah seorang ahli jawatankuasanya, Huw ­Merriman akan membuat usul mengenai isu Nissan dalam mesyarat tersebut.

Salah seorang pemilik Navara yang terlibat, Richy Holmes seorang mekanik berusia 50-tahun dari Sunderland berkata, trak pikapnya patah semasa sedang menunda caravan menuju ke Scotland dan pada ketika itu beliau bersama isterinya yang sarat mengandung dan anak perempuannya yang berusia empat tahun. Katanya, beliau hanya memandu dalam kelajuan yang rendah dan tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya trak tersebut dipandu pada kelajuan tinggi.

Pakar Permotoran, Matt Tumbridge dari Motoreasy, berkata jika perkara ini berlaku pada kelajuan tinggi ia bukan sahaja membahayakan pemandu dan pejalan kaki, malah pengguna jalan raya yang lain. Beliau menambah, ia akan menjadi lebih buruk kerana pemilik membeli  trak ini sebagai kegunaan untuk mengangkut beban yang berat atau treler, yang bakal mendedahkan mereka kepada risiko ini dan menggesa Nissan segera memanggil balik model tersebut.

Seorang mekanik telah memberitahu The Sun, beliau tahu mengenai masalah karat tersebut telah mula tersebar, namun tiada apa yang boleh menghalang Nissan untuk terus berurus niaga dengannya. Pada tahun 2013 di Australia, Nissan telah memanggil balik lebih 40,000 unit Navara buatan Sepanyol disebabkan masalah palang penunda. Nissan menegaskan perkara ini tiada kaitan dan model ini tidak akan dipanggil balik di Eropah.

Masalah di UK hanya melibatkan Nissan Navara D40 yang didaftarkan pada tahun 2005 sehingga 2008, yang dikeluarkan di Sepanyol. Ada juga laporan mengatakan beberapa trak model baharu juga terlibat. Pengguna yang terlibat digesa untuk menghubungi Nissan untuk melakukan pemeriksaan secara percuma dan jika masalah tersebut dikesan, pihak Nissan akan mewarkan pembaikan atau membeli balik pada harga pasaran semasa atau membuat penukaran. Namun, ada segelintir pemilik berkata pemeriksaan tersebut tidak memadai.

Kami berharap kepada pemilik Nissan Navara di Malaysia supaya  jangan panik dengan situasi yang berlaku di UK ini dan kami akan cuba mendapatkan respon dari pihak Edaran Tan Chong mengenainya dan akan memaklumkan kepada semua jika ada sebarang perkembangn terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

nintchdbpict000298534134 nintchdbpict000298562410 nintchdbpict000298562448 nintchdbpict000298562674 nintchdbpict000299481991 nintchdbpict000299481997 nintchdbpict000299482002 nintchdbpict0002985624271

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply