ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi kedua Konvoi Big Bike “Honda Asian Journey” bakal menjelajah semenanjung Malaysia Oktober ini

Views

Honda mengumumkan Kumpulan Syarikat Honda di Asia dan Oceania bakal menganjurkan “Honda Asian Journey 2017”, konvoi “big bike” (motosikal berkuasa tinggi) yang akan merentasi Semenanjung Malaysia selama empat hari, bermula dari 26 Oktober hingga 29 Oktober 2017, ke acara MotoGP 2017 Malaysia. Ia telah diadakan buat kali pertama pada tahun 2016 dan disertai oleh 50 peserta dari empat negara iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Untuk edisi tahun ini, ia bakal mengabungkan enam buah negara, termasuk dari Filipina dan India.

Seperti tahun lepas, peserta Honda Asian Journey berpeluang untuk menunggang pelbagai motosikal Honda sambil menikmati pemandangan Malaysia sepanjang empat hari ini. Laluan baharu tahun ini pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar, antaranya lebuh raya di Kuala Lumpur, Melaka, dan jalan berliku pergi-dan-balik ke Genting Highland yang berada pada ketinggian 1700 meter dari paras laut.

Honda bercadang untuk menyediakan pelbagai big bike seperti CB500, CBR100RR, Africa Twin dan Goldwing, supaya para peserta dapat merasai perbezaan dari segi prestasi dan ciri-cirinya di sepanjang 600KM perjalanan ini. Konvoi akan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 Oktober, dan semua peserta akan menyertai pelanggan Honda yang lain untuk memberi sokongan kepada penunggang GP Honda di pusingan MotoGP Malaysia.

Jadual perjalanan Honda Asian Journey 2017 adalah seperti di bawah (tertakluk kepada perubahan):

  • 26 Oktober  – Ketibaan dan transit ke Melaka dari Kuala Lumpur
  • 27 Oktober – Menunggang dari Melaka ke Bukit Tinggi
  • 28 Oktober – Menunggang dari Bukit Tinggi ke Genting Highland
  • 29 Oktober – Menunggang dari Genting Highlands ke Litar Antarabangsa Sepang

Kumpulan syarikat Honda yang terlibat dalam perancangan Honda Asian Journey 2017 adalah:

  • Asian Honda Motor Co., Ltd, ibu pejabat serantau Honda Asia dan Oceania
  • P. Honda Co., Ltd. (Thailand)
  • Boon Siew Honda Sdn Bhd (Malaysia)
  • PT Astra Honda Motor (Indonesia)
  • Honda Vietnam Co., Ltd. (Vietnam)
  • Honda Philippines Inc. (Filipina)
  • Honda Motorcycle and Scooter India Pvt., Ltd. (India)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply