ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi kedua pameran maya “Michelin Motorcycle Tyre Virtual Exhibition” bermula hari ini

Berita Tempatan

Views

Susulan kejayaan edisi pertamanya, pameran “Michelin Motorcycle Tyre Virtual Exhibition” kini kembali dengan edisi yang kedua juga diadakan secara maya, bertemakan “The Journey Continues”.

Ia membawakan antaramuka (interface) yang lebih sempurna, zon-zon interaktif yang baharu, serta pelbagai inovasi tayar motosikal Michelin yang terkini. Acara global yang diadakan dalam talian ini akan berlangsung selama 24 jam sehari bermula hari ini sehingga akhir tahun 2021.

Antara rangkuman baharu yang dapat disaksikan dalam pameran maya ini ialah pengintegrasian The Michelin Guide. Ia memaparkan pengaruh Michelin sebagai perintis yang turut cemerlang di luar dunia tayar, termasuk sejarah penglibatan jenama itu dalam FIM MotoE World Cup.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu pameran maya ini turut memperkenalkan tayar-tayar motosikal baharu yang memanfaatkan kemajuan teknologi Michelin yang terkini, iaitu Michelin Anakee Street dan Michelin Road Classic.

Menurut Pengarah Komersial Dwi-Tayar Michelin bagi Asia, Prichapakorn Dangrojana, pameran edisi kedua ini bukan sahaja membolehkan para pengunjung menyingkap inovasi tayar motosikal Michelin, malah turut berpeluang untuk meneroka perkembangan jenama itu di benua Asia dan serata dunia.

Tambahnya, dengan penambahan baharu serta ciri navigasi yang lebih baik, ia dijangka akan berfungsi sebagai platform yang lebih sempurna untuk menaik taraf pengalaman para pengunjung. Pihaknya juga yakin bahawa platform yang diperkayakan ini dapat menarik lebih ramai pengunjung serta menawarkan mereka sebuah pengalaman maya yang bermakna.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Dalam edisinya yang kedua, pameran maya ini menampilkan enam dewan, setiap satu dirumus untuk mengetengahkan kandungan yang berbeza, iaitu:

  • The Michelin Guide yang membekalkan segala maklumat yang anda perlukan untuk menikmati pengalaman kulinari yang mengujakan.
  • Launch Area yang mempamerkan dua produk yang baru dilancarkan iaitu Michelin Anakee Street dan Michelin Road Classic
  • Product Display menawarkan perincian mengenai semua tayar motosikal Michelin
  • Technology & Performance pula memperincikan teknologi-teknologi canggih dengan konsep rekaan yang baharu.
  • MotoGP™ & Motorcycle Racing Strategy menyingkap hubungan jangka panjang antara Michelin dan MotoGP dan FIM MotoE World Cup.
  • Partnership with Original Equipment Manufacturers mendemonstrasikan kuasa usaha sama yang dijalin oleh Michelin dengan pengeluar motosikal yang terkemuka dunia di samping mempamerkan pelbagai model motosikal yang menggunakan tayar Michelin.

Kesemua kandungan ini akan disediakan dalam enam bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea dan Vietnam. Layari motorcycletyreexhibithall.michelin.asia untuk menyaksikan pameran maya ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply