Ini berita baik buat peminat dan pengumpul koleksi Hot Wheels™! Edisi ketiga kad Touch ‘n Go siri Hot Wheels™ telah pun tiba dan ia menampilkan reka bentuk eksklusif dwitona.
Direka khas untuk peminat kereta sejati, kad edisi terhad ini tampil dengan elemen reka bentuk minimalis yang menyerlah dari yang lain. Hanya 2,000 unit kad edisi terhad ini akan tersedia untuk direbut!
Selain reka bentuknya yang menyerlah, ia juga merupakan pembayaran tanpa tunai yang mudah bukan sahaja untuk perjalanan harian anda, tetapi juga untuk tol dan parkir di lebih daripada 1,500 lokasi.
Kad Touch ‘n Go ini dilengkapi dengan teknologi NFC bagi memudahkan pengguna untuk menambah nilai melalui eWallet Touch ‘n Go menggunakan telefon pintar yang menyokong NFC, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Dijual pada harga RM25.00 setiap satu, kad koleksi edisi terhad ini boleh didapati di Pusat Perkhidmatan dan Jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sebahagian daripada kad koleksi edisi terhad terbaharu Touch ‘n Go ini. Nantikan kad edisi seterusnya dengan rekaan yang lebih unik lagi pada masa akan datang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI