ARKIB

KATEGORI

Tular

EDISI MISTIK : Warganet dakwa ambulans ini bergerak tanpa pemandu, biar betul?

Tular

Views

Gempar siang tadi apabila seorang warganet yang menggunakan akaun Facebook Bakpe ? mendakwa ada seorang lelaki terserempak dengan kelibat sebuah ambulans di jalan Rompin yang bergerak tanpa pemandu pada jam 3.37 pagi, hari Ahad lalu (20 Disember 2020) di laman group Warga Kuantan Official #WKOF ™.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Kata lelaki itu lagi, pada mulanya dia melihat ambulans ini tersadai di bahu jalan, namun beberapa minit kemudian ambulans tersebut secara tiba-tiba muncul di hadapan keretanya. Lelaki itu cuba memotong sambil menoleh ke belakang dan melihat ambulans itu tanpa pemandu.

Lantas dia memecut keretanya namun sempat merakam foto ambulans berkenaan dan kemudiannya membuat laporan polis beserta dengan bukti foto serta nombor pendaftaran kenderaan. Apa yang mengejutkan, pegawai polis yang bertugas mengatakan yang ambulans ini telah pun dilupuskan pada tahun 2013 akibat kemalangan jalan raya yang mengorbankan pemandunya.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Seram sejuk pula mendengarnya. Kisah ini telah tular dan setakat ini telah mendapat hampir 3,500 perkongsian dengan lebih seribu komen. Namun, semasa kami menelusuri komen-komen dari ‘jemaah bawangnet’, ada satu komen yang menarik perhatian kami dari individu bernama Rizal Hatiku Senang yang mendakwa cerita ini sengaja direka-reka untuk meraih perhatian.

Dia turut berkongsi satu dokumen senarai semak pemeriksaan harian terkini ambulans yang menjadi bualan hangat itu. Ambulans dari jenama Toyota yang menggunakan nombor pendaftaran CCJ 623 itu adalah milik Hospital Bentong dan masih lagi berkhidmat sehingga kini. Rizal juga dalam masa yang sama mahu pihak yang membuat berita palsu ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Ceh, ‘potong stim’ betul. Baru je nak ‘layan’ cerita mistik, sekali berita palsu dah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply