Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini telah menganjurkan acara Ford Inner Circle yang julung kalinya diadakan di Malaysia.
Acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelanggan Ranger generasi baharu ke bilik pameran mercu Ford di Sime Darby Motors City, Ara Damansara.
Pelanggan dan keluarga mereka diraikan dalam aktiviti bertemakan Krismas dalam acara berkenaan. Pelatih mahir juga ada untuk membimbing pelanggan dalam bengkel penyesuaian kenderaan serta membantu mereka memahami dengan lebih mendalam berkenaan Ranger.
Ford Inner Circle merupakan usaha yang diterajui oleh SDAC dan diwujudkan khusus untuk pasaran Malaysia. Ia bertujuan menyediakan platform berasaskan komuniti yang menghimpunkan pelanggan Ford generasi baharu bersama keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mempunyai minat yang sama.
Mereka juga akan menikmati pelbagai kelebihan, termasuk jemputan ke acara VIP dan acara eksklusif yang lain. Lebih penting, pelanggan akan mempunyai akses kepada sesi penyesuaian kenderaan berjadual di bilik pameran Ford di seluruh negara.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Sesi ini direka untuk membantu mereka menguasai kelengkapan berteknologi tinggi dan ciri pintar lain yang ada pada kenderaan mereka supaya boleh memanfaatkan kemampuan penuh kenderaan Ford generasi baharu milik mereka.
Sebagai sebahagian daripada Ford Inner Circle, pelanggan Ford Ranger dan Raptor generasi baharu akan menerima kad istimewa yang membolehkan mereka menikmati potongan harga 30 peratus untuk Ford Ranger Getaways mereka yang pertama.
Ford Ranger Getaways meliputi pelbagai kategori minat dan menampung pelanggan daripada semua peringkat yang inginkan kembara pendek setempat, sama ada bersendirian, bersama keluarga, rakan-rakan atau mereka yang berkongsi minat yang sama.
Semua kembara telah dirancangkan dengan teliti untuk menunjukkan kepelbagaian penggunaan dan kemampuan Ford Ranger.
Semua acara ini adalah dalam jadual terbuka yang boleh ditempah dan dinikmati oleh pelanggan dengan Ranger dan Raptor mereka sendiri.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Turut disediakan ialah latihan pemanduan off-road berjadual di M4TREC di mana pelanggan boleh menguji potensi penuh Ranger dan Raptor mereka.
Kembara atau percutian ini akan diberi sentuhan baru dari semasa ke semasa. Sejak dilancarkan awal tahun ini, SDAC telah menambah beberapa lagi percutian baru, termasuk ke Tabin Wildlife Safari Adventure dan tiga percutian ke pulau yang menakjubkan.
Pelanggan kini boleh meninjau senarai lengkap percutian yang ada dari Januari hingga Jun 2023, yang telah diterbitkan Ford Ranger Getaways menerusi web SDAC-Ford. Pelanggan juga sudah boleh membuat tempahan tempat memandangkan setiap percutian adalah terhad.
Pelanggan boleh menempah tempat untuk Ford Ranger Getaways secara dalam talian melalui platform e-dagang SDAC-Ford.
Melalui platform ini, pelanggan boleh memilih kembara yang diinginkan dan tarikhnya, serta membuat bayaran penuh. Pengesahan akan dihantar melalui e-mel sebaik sahaja tempahan diproses.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI