ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi terhad Passat dan Tiguan UNITED diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kelmarin melancarkan model edisi terhad UNITED yang terdiri daripada Passat dan Tiguan bagi meraikan kekuatan perpaduan. Dua Aksesori Original Volkswagen yang unik diperkenalkan pada model-model ini.

Antaranya penutup roda dinamik yang memastikan logo sentiasa tegak ketika kereta bergerak untuk model Tiguan dan Passat, serta lampu pintu LED yang memancarkan logo Volkswagen apabila pintu hadapan Passat dibuka.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Passat UNITED ditawarkan pada harga RM193,856, dan dilengkapi dengan aksesori bernilai RM12,000. Aksesori tambahan itu termasuklah injak sport aluminium dan plat sisi kaki, rim aloi Verona baharu bersaiz 19-inci,  VW Tint serta emblem UNITED.

Tiguan UNITED pula dijual pada harga RM166,108 dan didatangkan dengan aksesori bernilai RM4,000 seperti bampar hadapan sport, spoiler belakang, kemasan krom pada bahagian belakang, pelindung ruang kargo, muncung ekzos krom, VW Tint dan emblem UNITED.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, pengenalan model UNITED adalah sebagai simbol solidariti yang berakar umbi dalam jenama Volkswagen. Tambah beliau, walaupun ia ada hubung kait dengan penglibatan Volkswagen dalam sukan bola sepak, signifikan nama dan apa yang diwakilinya sangat relevan dengan perkembangan dan cabaran yang dihadapi pada hari ini.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Dengan pemansuhan cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, sekarang adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kereta Volkswagen. Justeru, sesiapa yang berminat untuk menempah model UNITED dijemput untuk merebut peluang terbaik dalam acara Rumah Terbuka Raya Volkswagen secara maya pada 13 dan 14 Jun 2020.

Acara ini akan dianjurkan oleh para pengedar Volkswagen di seluruh negara menerusi saluran media sosial masing-masing dan menawarkan rebat tambahan sebanyak RM1,000 ke atas mana-mana model Volkswagen yang ditempah sepanjang dua hari tersebut.

Tawaran tambahan termasuklah Tiguan yang kini hadir dengan pembayaran bulanan selama enam bulan secara percuma bagi unit yang didaftarkan sehingga 30 Jun. Manakala Passat pula ditawarkan dengan insurans percuma selama setahun. Perkhidmatan penghantaran secara percuma ke rumah pelanggan dalam lingkungan 20km turut disediakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply