ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi terhad Perodua Bezza bakal dilancarkan di Malaysia Autoshow 2019 – Hanya 50 unit sahaja

Berita Tempatan

Views

Perodua bakal memperkenalkan model edisi terhad Bezza sempena Malaysia Autoshow 2019 yang bakal berlangsung bermula esok (Khamis, 11 April 2019) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Tahun lalu di acara yang sama juga Perodua telah melancarkan varian Bezza GXtra yang menggantikan varian 1.0 Standard G.



JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?

Perodua Bezza edisi terhad yang bakal dilancarkan nanti hanya dikeluarkan sebanyak 50 unit sahaja. Tempahan untuk model edisi terhad ini hanya dibuka kepada pengunjung Malaysia Autoshow 2019 sahaja dan tidak ada di mana-mana cawangan Perodua di seluruh negara.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

Majlis pelancaran model ini bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka menghadiri acara pembukaan Malaysia Autoshow 2019 esok. Untuk mengetahui lebih lanjut serta membuat tempahan model tersebut, anda boleh berkunjung ke reruai pameran Perodua di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

JOM BACA >> Bilakah Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply