ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi Terhad Shell Motorsport Collection dilancarkan – Boleh main guna kawalan jauh, ada tujuh kesemuanya!

Berita Tempatan

Views

Berita baik buat para pengumpul model kereta mainan! Shell Malaysia secara rasminya hari ini melancarkan koleksi terbaharu mereka iaitu, Edisi Terhad Shell Motorsport Collection.

Tidak seperti sebelumnya, Edisi Terhad yang dihasilkan bersama BrandBase ini lebih mengujakan kerana kesemuanya boleh bergerak dengan kawalan jauh menggunakan bateri SMART dan aplikasi di telefon pintar.

Setiap kereta lumba didatangkan dengan enjin elektrik yang boleh dikawal menerusi telefon pintar dengan memuat turun aplikasi Shell Racing di App Store dan Google Play secara percuma.

Untuk edisi kali ini, ia tidak terhad kepada model Ferrari sahaja, malah ia turut menampilkan beberapa kereta lumba dari pengeluar lain yang turut menerima tajaan daripada pihak Shell.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Model berskala 1:41 ini ditawarkan dengan tujuh pilihan dan ia akan keluar secara berperingkat, satu model setiap minggu, bermula dari 8 Oktober sehingga 8 Disember 2022.

Antara model-model yang ditawarkan termasuklah:

  • F1 Ferrari SF90
  • BMW M4 Motorsport
  • Nissan Formula E Gen 2 Car
  • Hyundai i20 Coupe WRC
  • Ford Mustang GT Shell V Power Racing Team
  • Team Penske IndyCar
  • Team Penske Ford Mustang GT

Setiap satu model (kecuali model F1 Ferrari SF90) dijual dengan harga RM30 dan untuk mendapatkannya anda perlu mengisi mana-mana bahan api Shell, minimum RM50.

Namun, bateri SMART tidak didatangkan sekali dengan model-model ini dan dijual secara berasingan pada harga RM30.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Model jentera lumba F1 Ferrari SF90 pula diberikan secara percuma dengan pembelian satu pek minyak pelincir Shell Helix Lubricant 4L yang turut disertakan dengan bateri SMART.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan kotak eksklusif yang mempunyai ruang simpanan khas untuk koleksi cilik ini dengan harga RM80 dengan pembelian petrol V-Power Racing bernilai RM80 dalam satu resit.

Shell juga akan menganjurkan satu acara khas yang bakal berlangsung di KL Sentral dari 17 hingga 23 Oktober dan Mid Valley Megamall dari 26 hingga 30 Oktober, bersempena dengan pelancaran koleksi ini.

Di sana para pengunjung boleh bermain dengan kesemua kereta-kereta ini di litar lumba khas, termasuk pameran sebuah jentera rali Hyundai i20 WRC.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply