Selepas lebih tujuh tahun dalam pembangunan, eHang akhirnya mula menjual “kereta terbang” mereka di China pada harga RMB 2.39 juta (~RM 1.5 juta) sebuah.
eHang EH 216-s boleh membawa dua penumpang dengan melakukan operasi secara penerbangan kendiri. Dengan sekali caj, ia boleh terbang sejauh 30km dengan kelajuan mencecah 130km/j.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
eHang ialah pengeluar pertama yang dibenarkan menawarkan perkhidmatan teksi terbang di China. Sejak tiga tahun yang lalu mereka turut telah melakukan ujian ia digunakan untuk tujuan pelancongan di Guangzhou.
Walaupun sudah boleh dibeli di China, jualan yang dibuka untuk tujuan komersial bukannya untuk pemilikan peribadi. eHang EH 216 mempunyai kaitan dengan Malaysia.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pada tahun 2019, Super Dron diumumkan sebagai “kereta terbang pertama Malaysia” tetapi hanyalah sekadar EH 216 yang diimport.
Selepas ia didedahkan, kita tidak lagi mendengar sebarang berita mengenai “kereta terbang buatan tempatan” ini. – Astro AWANI
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI