ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ejek-mengejek sampai ‘koyak’ punca lelaki dibelasah tepi jalan

Berita Tempatan

Views

Ejek-mengejek dalam pertengkaran dipercayai punca seorang buruh dibelasah beberapa individu dalam kejadian di Kubang Kerian, kelmarin.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian 5 petang, lelaki berusia 30 tahun sedang berjalan dikatakan baharu pulang dari tempat kerjanya sebelum dihampiri kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Pasir Tumboh, di Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pemandu lelaki yang menaiki kenderaan itu bersama tiga wanita membunyikan hon kerana mendakwa mengenali mangsa lalu berhenti di situ.

Apakah Kereta Diesel Mantap Bawah RM30K ? - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jelasnya, kejadian dikatakan bermula apabila pemandu lelaki itu dikatakan membunyikan hon sebelum memberhentikan kenderaannya. Dari sini berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek antara kedua belah pihak dan kenderaan itu juga ditendang oleh mangsa seperti dirakam video yang tular berkenaan.

Abdul Rahim berkata, mangsa mendakwa dipukul oleh suspek dan beberapa individu tidak dikenali termasuk seorang wanita menyebabkannya bengkak dan lebam di bahagian muka serta badan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan saksi serta mereka yang terbabit sedang dijalankan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian kerana satu pihak lagi belum tampil membuat laporan polis.

Beliau berkata, pihaknya meminta mereka yang menyaksikan serta merakamkan kejadian ini untuk hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan,.

Kelmarin, tular sebuah video berdurasi tiga minit 37 saat yang memaparkan kejadian pertengkaran mulut antara mangsa dengan beberapa individu sebelum berlaku pergaduhan dan mangsa dibelasah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply