ARKIB

KATEGORI

Buletin

Eksekutif menang hadiah utama cabutan bertuah Malaysia Autoshow 2018

Views

Velu Kumar a/l Suppan, 54, telah memenangi sebuah Kia Picanto baharu setelah muncul sebagai Pemenang Hadiah Utama cabutan bertuah yang diadakan sempena Malaysia Autoshow 2018 yang dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI). Beliau merupakan salah seorang daripada 215,853 pengunjung yang menghadiri edisi keempat Malaysia Autoshow di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dari 26 hingga 29 April 2018.

Beliau berkata, hadiah Kia Picanto baru ini kena pada masanya kerana kereta yang digunakannya sekarang adalah kereta lama. Beliau tidak sabar untuk menggunakannya untuk berulang ke tempat kerjanya di Subang Jaya. Mohd Sazali bin Mohamed Amin, Ketua Pegawai Kewangan MAI telah menyerahkan kunci kereta tersebut kepada Velu Kumar pada majlis penyampaian hadiah di ibu pejabat MAI di Cyberjaya.

Selain daripada Velu Kumar, 30 orang pembeli kereta pada pameran kereta tersebut turut memenangi baucar minyak bernilai RM1,000 setiap satu. Berbagai-bagai aktiviti diadakan pada Malaysia Autoshow 2018 termasuklah pemanduan off-road yang mengujakan, pengalaman karting dan sesi pandu uji.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Buat julung kalinya dalam tempoh empat tahun, Malaysia Autoshow memberikan bayangan sepintas lalu mengenai masa akan datang serta rancangan industri automotif dalam menghadapi cabaran untuk menjadi pemain global yang berdaya saing dalam bidang pengangkutan, khususnya dalam mobiliti menerusi Intelligent Mobility Experience (IMEX). IMEX membawakan pengalaman secara langsung berkenaan peluang pekerjaan dan perniagaan pada masa akan datang dalam sektor-sektor seperti pembuatan pintar dan ketersambungan.

Datuk Madani melahirkan rasa puas hati beliau dengan penyertaan beberapa jenama automotif yang terbesar dalam pameran yang bertemakan ‘360-degree Mobility Experience’ tersebut. Lebih daripada 150 buah kereta, termasuklah beberapa model terkini di pasaran serta kereta klasik Volvo dipamerkan pada acara tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan syarikat automotif yang mengambil bahagian kerana menjayakan pameran pada tahun ini. MAI akan terus mempergiatkan usaha untuk membawakan acara yang lebih besar dan lebih baik supaya dapat menandingi pameran auto lain di rantau ini.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply