ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elak kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba, Perodua Bezza ini terbabas dan rempuh paip air

Berita Tempatan

Views

Semalam kami kongsikan video rakaman dashcam yang merakamkan aksi ‘wheelie’ Mat Rempit yang menjadi punca sebuah Mitsubishi Triton terbalik dan merempuh Nissan Almera dari arah bertentangan. Hari ini kami kongsikan pula satu rakaman dashcam kes kemalangan yang dimuat naik oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS malam tadi.

Dalam rakaman tersebut, sebuah Perodua Bezza dilihat cuba mengelak seorang kanak-kanak perempuan yang melintas jalan secara tiba-tiba. Ini telah mengakibatkan kereta tersebut terbabas lalu merempuh dan tersangkut pada paip air di tepi jalan. Impak dari rempuhan telah menyebabkan paip air itu pecah.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Menurut info, kanak-kanak perempuan yang melintas jalan itu hanya mengalami kecederaan ringan kerana terkena cermin sisi kereta. Hasil pemeriksaan dari pakar perubatan dan imbasan x-ray mendapat tiada kecederaan dalaman dan dia telah dibenarkan pulang ke rumah. Pemandu Perodua Bezza juga selamat dan tidak cedera, hanya mengalami trauma.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Kejadian tersebut telah berlaku pada 20/6/2019 di Simpang Renggam, Johor. Namun tarikh yang direkodkan tidak tepat kerana pemilik terlupa untuk melaraskan tetapan (setting) dashcam. Nasihat kami, kepada pemandu kenderaan sila perlahankan kelajuan kenderaan anda semasa berada di kawasan perumahan atau kampung kerana risiko manusia atau haiwan melintas jalan secara tiba-tiba amatlah tinggi.

Untuk ibu bapa, sila pantau anak-anak anda ketika hendak melintas jalan atau semasa bermain berhampiran jalan. Sebaik-baiknya, temankan mereka untuk melintas kerana mereka boleh melakukan apa yang kita tidak jangka, macam dalam rakaman video ini. Beringat sebelum kena!

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply