ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elak penipuan rentas negeri – Pendigitalan perlu disegerakan

Rencana

Views

Kecoh sejak kebelakangan ini, malah timbul rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat, serta berlaku kesesakan di lebuh raya terutama dari arah Pantai Timur menghala Kuala Lumpur, walaupun rentas negeri tidak dibenarkan buat masa ini.

Menurut Berita Harian, walaupun lebih 90 peratus kenderaan yang terbabit kesesakan itu mempunyai kebenaran pihak berkuasa, ia tetap menimbulkan buah mulut ramai mengenai ketulenan kebenaran rentas negeri diberikan.

Melihat perkembangan semasa, agak sukar kebenaran rentas negeri dan daerah dapat diberikan secara terbuka dalam tempoh terdekat dan pasti memberikan kesan kepada emosi serta ekonomi masyarakat. Dalam mengimbanginya dengan keadaan kesihatan negara, pendigitalan kebenaran rentas negeri perlu disegerakan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Tidak perlu merumitkan keadaan, cukup aplikasi MySejahtera ditambah baik dengan menambah bahagian permohonan rentas negeri. Beberapa faktor keperluan pendigitalan kebenaran rentas negeri perlu disegerakan pihak berkuasa. Pertama, mengelak penipuan dan pemalsuan dokumen oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Wujud kes dilapor memalsukan dokumen tertentu untuk mempengaruhi pihak berkuasa bagi memberi kebenaran rentas negeri. Melalui permohonan dalam talian, dokumen disertakan akan diintegrasikan dengan sistem maklumat berkaitan yang dapat mengesahkan keaslian dokumen, sekali gus kebenaran dapat diberi kepada yang benar-benar memerlukan.

Seterusnya, ia juga dapat mengurangkan kesesakan di balai polis. Pemohon tidak perlu lagi berasak ke balai dan boleh memohon secara dalam talian. Ia juga dapat mengurangkan beban anggota polis bertugas bukan sahaja di balai, tetapi juga kesesakan di sekatan jalan raya dapat diminimumkan melalui pendigitalan ini.

Di pos sekatan jalan raya, polis tidak lagi perlu menyemak satu persatu, cukup sekadar mengimbas kod kelulusan yang dikeluarkan aplikasi. Selain itu, penilaian risiko, iaitu status kesihatan pemohon yang ingin rentas negeri dapat dinilai terlebih dahulu menerusi saringan awal sebelum proses permohonan dilaksanakan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Segala rekod dan status risiko pemohon sama ada sudah menerima dos vaksinasi atau tidak boleh diintegrasikan melalui sejarah pergerakan pemohon dalam aplikasi MySejahtera. Ini dapat memberi gambaran kepada pihak berkuasa untuk menilai risiko status seseorang sebelum kebenaran rentas negeri diberikan.

Segala pergerakan rentas negeri juga dapat dipantau sesuai tujuan diluluskan. Penggunaan aplikasi ini juga dapat mengurangkan penggunaan kertas berlebihan yang memberi kesan kepada alam sekitar.

Setakat ini, permohonan secara manual memerlukan sekurang-kurangnya dua salinan, iaitu satu untuk pihak polis dan satu untuk pemohon. Sudah pasti lambakan salinan di balai polis ini menyukarkan penyimpanan dan memerlukan ruang khusus.

Mungkin kita semua tidak mahu larangan rentas negeri ini berlanjutan untuk tempoh terlalu lama. Namun, buat masa ini rakyat tiada pilihan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Walaupun cadangan pendigitalan ini agak lewat diusulkan, tetapi masih belum terlewat untuk pihak berwajib mengambil maklum dan bertindak segera dalam hal ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply