ARKIB

KATEGORI

Buletin

Empat lebuh raya berhak naikkan kadar tol tahun depan

Views

Bagi menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuat kuasa. Antara lebuh raya tersebut adalah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Laporan yang dipetik dari Bernama ini juga melaporkan, anggaran jumlah pampasan tol tahun 2017 bagi empat lebuh raya tersebut ialah RM59.77 juta. Fadillah berkata, lebuh raya tersebut dibina pada 1989 dan siap pada 1994 dengan kos RM5.9 bilion dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi kecuali kos pengambilan tanah yang ditanggung kerajaan. Berdasarkan perjanjian asal (1988), beliau berkata konsesi lebuh raya itu sepatutnya tamat pada 2018 namun, untuk mengurangkan kesan kenaikan tol, kerajaan terpaksa menstruktur semula kadar tolnya pada 1999, 2002 dan 2011.

Selain itu, Lim turut bertanya mengenai kos pembinaan dan kutipan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setakat ini, serta sebab tol di lebuh raya itu tidak dimansuhkan. Di bawah penstrukturan PLUS terkini (2011), semua konsesi tol lebuh raya di bawah syarikat PLUS Berhad termasuk Lebuhraya Utara Selatan telah diselaraskan dan akan tamat pada 31 Disember 2038. Jumlah kutipan tol keseluruhan di Lebuhraya Utara Selatan sahaja mencecah RM36.39 bilion, manakala jumlah pampasan tunai yang telah dibayar kepada syarikat konsesi PLUS berikutan penangguhan kenaikan tol untuk tempoh sehingga 2015 ialah RM917.1 juta.

Walaupun syarikat konsesi menerima jumlah kutipan tol yang tinggi, mereka perlu membayar balik pinjaman kepada institusi pemberi pinjaman atau bank sebanyak 45 hingga 50 peratus daripada hasil yang diperolehi, selain perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan (20 peratus) serta kos untuk membaik pulih dan menaik taraf lebuh raya (15 hingga 20 peratus). Pemegang saham pula hanya mendapat keuntungan 10 peratus sahaja daripada hasil kutipan tol keseluruhan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Apa salahnya bayar sedikit pampasan tidak sampai 1 bill dari hasil kutipan GST yang dianggarkan hampir 54 bill sepanjang 2016.. Supaya tahun 2017 tiada kenaikan tol.. Ehh! jika tol naik maka kutipan GST 2017 akan bertambah..!

Leave a Reply