ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enam bulan ansuran bulanan percuma untuk model Tiguan – Tempah menerusi Volkswagen eShowroom dapat rebat RM4,000!

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan enam bulan ansuran bulanan percuma untuk semua unit Tiguan yang ditempah dan didaftarkan sebelum 30 Jun 2020. Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan mereka menerusi Volkswagen eShowroom juga bakal menikmati rebat tambahan RM4,000!

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Bagi memudahkan lagi urusan penghantaran, perkhidmatan Volkswagen Home Delivery akan menghantar kereta Tiguan baharu terus ke rumah yang ditawarkan secara percuma kepada pelanggan yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer dari cawangan pengedar.

Model yang telah terjual lebih enam juta unit di seluruh dunia ini dijana oleh enjin pancitan terus dengan pengecas turbo 1.4TSI yang mampu menghasilkan 150PS dan 250Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan pula bersama kotak gear 6-kelajuan DSG dengan mod sport. Kombinasi ini juga mempu mencatatkan penjimatan minyak yang luar biasa, hampir 800 kilometer untuk setiap tangki penuh.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Tiguan dilengkapi dengan Digital Cockpit yang menampilkan paparan beresolusi tinggi serta sistem keselamatan terkini antaranya enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem TindakBalas Perlanggaran Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB) dan kawalan mendaki.

Sistem infohiburan Tiguan dilengkapi dengan App-Connect menerusi MirrorLink, Android Auto dan Apple Carplay. Model ini membuat kemunculan pertamanya di Frankfurt International Motor Show (IAA) pada 2007 dan sejak itu ia menjadi salah satu daripada tiga SUV terlaris di dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply