ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enam firma rekaan dalaman tampilkan rumah berinspirasikan Volvo di 2020 Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge

Berita Tempatan

Views

Enam firma rekaan dalaman Malaysia dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan 2020 Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge yang berlangsung di Galeri Jualan Eco Ardence, Shah Alam batu-baru ini. Antara 10 rekaan yang disenarai pendek adalah dari A&A Concept Design & Contract Sdn. Bhd., Forfar Design Sdn. Bhd., IQI Concept Sdn. Bhd., Orb Group Sdn. Bhd., Kort Studio dan Studio BEVD Sdn. Bhd.

Rekaan mereka telah dipilih oleh pengundi dalam talian dan panel hakim yang terdiri daripada wakil dari Volvo Car, EcoWorld, dan Aurizn, untuk keunikan reka bentuk ruang yang melambangkan falsafah reka bentuk Scandinavia Volvo.

Dianjurkan bersama oleh Volvo Car Malaysia, duduk dan Aurizn, edisi kedua 2020 Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge ini bermula pada 14 Mei 2020 lalu. Tahun ini, para peserta mendapat peluang eksklusif mengikuti taklimat ringkas secara dalam talian bersama Jonathan Disley, Ketua Reka Bentuk di Volvo Car Asia Pacific dan Owen Ready, Ketua Strategi dan Reka Bentuk Jenama Volvo Cars, mengenai falsafah Scandinavia Volvo Cars.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Daripada 50 penyertaan yang diterima, 22 penyerahan melepasi penilaian awal dalam pematuhan bajet dan kelengkapan inventori, dan kemudiannya dimasukkan ke dalam talian untuk membolehkan warga Malaysia mengundi rekaan kegemaran mereka. Sebanyak 10 rekaan dengan skor undian dalam talian tertinggi disenarai pendek untuk penilaian akhir, di mana enam daripadanya yang meraih markah tertinggi diumumkan sebagai pemenang.

Sebagai tambahan kepada rekaan yang memaparkan keaslian dan pemahaman nilai estetika Scandinavia tertinggi, penyertaan tahun ini juga dinilai berdasarkan kefungsiannya, kualiti bahan, kecenderungan emosi yang diserlahkan pada ruang, dan kelestariannya – yang semuanya membentuk falsafah rekaan Volvo.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain, bahasa rekaan kefungsian, terbuka dan minimalis ini boleh dilihat pada semua kereta Volvo. Tambahnya, enam pemenang yang terpilih menerapkan falsafah rekaan Volvo dan menterjemahkannya ke rumah Malaysia.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Pengurus Besar Bahagian EcoWorld, Ho Kwee Hong, berkata daripada banyak rekaan kreatif yang diterima tahun ini, telah membuka lebih banyak laluan untuk rakyat Malaysia mempamerkan bakat kreatif mereka sambil menghasilkan rumah dan komuniti yang berkualiti tinggi serta lestari untuk generasi masa hadapan.

Enam firma rekaan yang menang diberi peluang menggunakan Volvo S90 T8 Inscription Plus selama enam bulan, selain kontrak untuk menghias tiga tingkat teratas bagi dua projek duduk by EcoWorld, iaitu Huni D’ EcoArdence dan se.Ruang D’ EcoSanctuary, dengan setiap firma rekaan diberikan kontrak untuk membina rekaan mereka di setiap aras.

Tong Shew Long dari A&A Concept Design & Contract Sdn. Bhd., berkata mereka amat gembira apabila diumumkan sebagai pemenang bagi 2020 Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge. Bobby Ang, Pengasas dan Ketua Pengarang Aurizn, berkata, kolaborasi antara Aurizn, Volvo Car Malaysia dan EcoWorld benar-benar merupakan penggabungan kelestarian, kepekaan Sweden dan kreativiti Malaysia.

Secara keseluruhan, nilai gabungan bagi enam kontrak adalah sebanyak RM4.5 juta untuk kedua-dua pembangunan tersebut. Oleh kerana tahap minat yang tinggi yang didorong oleh Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge, unit-unit yang dihias sepenuhnya oleh pemenang cabaran ini telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh sebulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply