ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enam suspek kes bertumbuk tepi jalan disambung reman tiga hari lagi

Berita Tempatan

Views

Enam individu termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang buruh secara beramai-ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini Selasa lalu disambung reman selama tiga hari bermula semalam.

K! ONLINE melaporkan, perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Tuan Ruzaini Tuah Lah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Perintah itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Sebelum ini, tujuh suspek yang terlibat direman tiga hari bermula Khamis lalu hingga semalam bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.

Akhbar Kosmo! kelmarin melaporkan, empat suspek termasuk tiga wanita itu didapati positif benzo iaitu sejenis ubat penenang manakala seorang lagi positif amphetamine.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kejadian dipercayai berpunca daripada ejekan perkataan gila dilakukan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza terhadap mangsa yang merupakan seorang buruh dan sedang berjalan kaki ketika itu.

Ejekan itu menyebabkan berlaku pergaduhan dengan mangsa dipukul oleh pemandu MPV, seorang penumpang wanita dan beberapa orang awam yang berada di lokasi tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian dan Inforoadblock

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply