ARKIB

KATEGORI

Tular

Enggan ketepikan kereta ketika jalan sesak jadi punca pergaduhan

Tular

Views

Gara-gara enggan mengetepikan kereta ketika jalan sesak mencetus pergaduhan antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 di Shah Alam, kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 petang ketika laluan tersebut sesak. Insiden berkenaan tular menerusi video berdurasi 22 saat di laman Twitter dengan kedua-dua mereka berbalas tumbukan sebelum dileraikan pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut apabila suspek lelaki berusia 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya di lokasi kejadian.

Katanya, ini menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa berusia 31 tahun yang bekerja sebagai jururunding dan penunggang motosikal yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Pertengkaran mulut yang berlaku disusuli dengan pergaduhan yang akhirnya dileraikan oleh orang ramai. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk selesaikan secara baik dan pengadu hanya membuat ‘covering report’ sahaja.

Beliau menambah, kedua-dua pihak iaitu pengadu dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mohd. Iqbal turut menjelaskan pengadu juga telah buat laporan polis untuk menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini. Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply