ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enjin bot terbakar – Seorang kru bot nelayan melecur

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media di laman Facebook rasminya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan seorang kru bot nelayan tempatan melecur susulan enjin bot yang dinaikinya terbakar dan diberi bantuan kecemasan oleh Bot Kilat Maritim Negeri Pulau Pinang kira-kira jam 12 tengahari tadi.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sebaik pihaknya menerima maklumat dari MERS 999 melalui MRSC Langkawi, Bot KILAT 4 Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi kejadian di kedudukan 1.4 batu nautika Tenggara Pulau Rimau.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Katanya, bot nelayan yang dikendalikan lima kru termasuk tekong itu terbakar di bahagian enjin dan menyebabkan seorang kru melecur di muka dan tangan. Abd Razak berkata, kesemua kru dan tekong Bot Nelayan Tempatan PPF 6378 dari Pangkalan Kuala Muda, Pulau Pinang itu merupakan warga tempatan berumur lingkungan 25 hingga 44 tahun.

Tambah beliau, mangsa, Azrin, 35 tahun, yang mengalami kecederaan segera dipindahkan ke bot KILAT 4 dan dibawa ke Jeti Polis Marin, Batu Uban bagi rawatan lanjut di Hospital Besar Pulau Pinang. Empat lagi kru termasuk tekong tidak mengalami sebarang kecederaan dan di benarkan pulang bersama bot ke Jeti Pangkalan Kuala Muda untuk tujuan pembaikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply