ARKIB

KATEGORI

Buletin

Equipmake dan Beulas hasilkan bas dua tingkat elektrik Jewel E

Berita Global

Views

Motor elektrik dan pek bateri bakal merevolusikan bukan sahaja kenderaan penumpang, bahkan kenderaan komersial juga. Kini, semakin banyak sektor yang mula meneroka atau telah mula mengadaptasikan sistem penjanaan terbaharu ini.

Salah satu kenderaan yang bakal beralih ke arah elektrifikasi sepenuhnya adalah bas. Pakar elektrifikasi kenderaan komersial, Equipmake telah menghasilkan sebuah bas dua tingkat elektrik yang dinamakan Jewel E. Bas dua tingkat itu kini sedang dibangunkan dengan kerjasama pembina koc dari Sepanyol, Beulas.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Jewel E dilengkapi dengan Trenpacu Emisi Sifar dari Equipmake yang boleh menyesuaikan diri dengan saiz bas yang berbeza. Ia mampu menghasilkan sehingga 536 kuasa kuda dengan 3500 Nm daya kilas. Motor HTM 3500 keluaran syarikat itu boleh dipadankan dengan pek bateri lithium-ion yang berkapasiti sehingga 543 kWj.

Bateri dan daya kilasnya mampu menggerakkan bas dua tingkat ini sehingga 402 km, memadai dengan tugasan hariannya. Equipmake berkata, Jewel E juga merupakan bas elektrik yang pertama menepati piawaian keselamatan bas ‘Transport for London’ yang akan berkuatkuasa pada 2024.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Bas tersebut dijangka memulakan ujiannya sebelum akhir tahun ini, manakala ia akan memulakan perkhidmatan pada suku pertama tahun depan. Selain itu, perancangan untuk pengeluaran dan jualan akan turut bermula dalam tahun yang sama juga.

UK mahukan sekurang-kurangnya 4,000 unit bas-emisi sifar buatan British dalam negara tersebut menjelang 2024. Bas merupakan kenderaan yang sesuai untuk elektrifikasi memandangan penggunaannya yang tersusun dan jarak pemanduan yang singkat, tanpa perlu memikirkan masa untuk pengecasan kerana ia boleh dicas semula ketika diparkir semalaman.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply