ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM anjur Program Pemanduan Selamat untuk pemilik Nissan

Views

Nissan Safety Driving Experience Invitation

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan pemanduan yang bijak dan selamat di bawah Kempen Keselamatan Nissan 2014, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) akan menganjurkan satu Program Pemanduan Selamat untuk pemilik kenderaan Nissan di Malaysia.

Program Keselamatan Nissan bertujuan mendidik para pemilik kenderaan bagaimana untuk berdepan dengan pelbagai kondisi pemanduan, menggabungkan teknologi dan kemahiran memandu dalam usaha mengelak bahaya di jalan raya. Yuran penyertaan hanya RM100 untuk setiap orang. Bengkel ini berperanan memberi keyakinan dan melengkapkan peserta dengan teknik-teknik pemanduan yang betul apabila berdepan kemalangan jalan raya. Pendaftaran bermulai sekarang dan akan tamat pada 29 Ogos 2014.

Dijalankan selama enam jam, Program Keselamatan Nissan merangkumi satu sesi teori dan lima bahagian amali. Para peserta akan diajar bagaimana untuk mengelak kemalangan, mengawal kereta yang tergelincir, brek kecemasan dan teknik melalui slalom dalam sesi kursus halangan. Para peserta juga akan dinilai menerusi satu siri ujian untuk mengukur tahap kemahiran pemanduan mereka.

Mengulas mengenai pemanduan selamat, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Kempen ini bukan sekadar satu cara ETCM menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Malah, sebagai sebuah syarikat, ia sudah menjadi tanggungjawab kami untuk bekerjasama dalam meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dan memastikan para pelanggan kami tahu mengenai pelbagai kondisi pemanduan bagi menangani bahaya yang mungkin berlaku di atas jalan raya. Justeru, saya ingin menjemput para pemilik kenderaan Nissan supaya menyertai Program Pemanduan Selamat Nissan untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang pastinya memberi manfaat kepada peserta dan mereka yang tersayang.”

Sejak dilancarkan pada April 2014, Kempen Keselamatan Nissan telah mencatat jumlah kehadiran mencecah 1,000 orang peserta. Maklum balas yang diterima juga cukup menggalakkan. Bengkel-bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan telah dijalankan di bawah kempen ini di seluruh negara seperti di Johor Bahru, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Perincian mengenai Program Pemanduan Selamat yang akan datang adalah seperti berikut:

BengkelProgram Pemanduan Selamat
Tarikh6 Sept (Sabtu)
WilayahTengah
LokasiMARDI, Serdang
Yuran PendaftaranRM100/seorang (Maximum 2 orang untuk setiap kenderaan)

Penyertaan Program Pemanduan Selamat Nissan adalah berdasarkan kepada ‘siapa cepat dia dapat’. Para pemilik kenderaan Nissan yang ingin menyertainya boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian +603-4047 8788 atau hantar e-mel ke alamat: [email protected]. Ingin mengetahui perkembangan terbaharu dan maklumat lanjut mengenai Kempen Keselamatan Nissan 2014, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply