ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM bantu ringankan beban komuniti yang terkesan akibat banjir

Berita Tempatan

Views

Pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) turun membantu komuniti terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini yang telah menjejaskan kehidupan puluhan ribu rakyat Malaysia, termasuk kemusnahan harta benda serta kehilangan mata pencarian.

Sumbangan dalam bentuk wang sebahagiannya telah disumbangkan dari kempen “Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive” yang telah mengumpul sebanyak RM12,841.

Ia telah digunakan untuk sokongan pemulihan selepas banjir, termasuklah pembelian barangan keperluan, makanan, barangan kebersihan diri serta membersihkan dan membaiki kawasan perumahan yang rosak teruk akibat banjir.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Sejumlah RM20,000 telah disumbangkan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir. Daripada jumlah itu, RM10,000 akan disalurkan kepada Pusat Jagaan Baitul Hidayah manakala Rumah SVP Klang dan Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Klang Utama Caring Home masing-masing akan menerima RM5,000.

Pusat Jagaan Baitul Hidayah di Puchong merupakan rumah kebajikan kanak-kanak yang menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah. Rumah itu kini menempatkan 65 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 3 hingga 16 tahun.

Rumah SVP Klang menempatkan kanak-kanak terbiar, kurang bernasib baik dan anak ibu bapa tunggal. Ia menjaga sebelas (11) kanak-kanak lelaki di bawah umur 12 tahun. Manakala, Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Klang Utama Caring Home ketika ini menempatkan 43 anak yatim yang berumur antara 1.5 hingga 24 tahun.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH), Encik Daniel Ho berkata, pihaknya berasa amat dukacita apabila air banjir menenggelami rumah dan kereta serta berharap seumbangan mereka akan membantu meringankan beban mereka yang terjejas di kala waktu sukar ini.

ETCM bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) juga telah menggunakan program Bantuan Bantuan Banjir Nissan yang menawarkan diskaun 20 peratus untuk alat ganti dan upah, harga istimewa pemulihan upholsteri dan Pelan Pembayaran Mudah (EPP) sehingga 12 bulan pada jumlah bil untuk membantu meringankan beban kewangan bagi pemilik kenderaan Nissan yang terjejas.

Selain itu ETCM turut meminjamkan sejumlah enam (6) kenderaan kepada NGO dan MITI. Daripada jumlah tersebut, lima (5) unit Navara 4WD yang mana dua (2) unit setiap satu untuk program #MITI prihatin MITI di Ulu Langat dan MERCY Malaysia.

Sebuah lagi akan dipinjamkan kepada The HOPE Branch (Pertubuhan Harapan Amal Harith Iskander) dan sebuah MPV Serena juga dipinjamkan kepada MERCY Malaysia. Unit-unit ini telah dipinjamkan untuk menyokong usaha bantuan banjir dan program vaksinasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply